logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pada 27 Jun 14 yang lalu, Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) telah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan dan Pengagihan Sumbangan Zakat ATM kepada Masjid-Masjid dan Surau-Surau ATM di Masjid Pangkalan Udara Subang.

Tujuan Pelancaran Tabung Ihya' Ramadhan ini adalah untuk mengutip derma bagi membiayai setiap program dan aktiviti Ihya' Ramadhan yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadhan kepada Masjid KEMENTAH dan surau-surau di sekitar Kem KEMENTAH.

Turut hadir, dan juga yang merasmikan Majlis ini, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sir Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin. Bagi sumbangan Tabung Zakat ATM untuk Masjid, Surau Jumaat dan Surau ATM, sejumlah RM256,000.00 telah diluluskan oleh Jawatankuasa Tabung Zakat ATM.

Sumbangan Tabung Zakat ATM ini bertujuan untuk membantu melaksanakan program Ihya' Ramadhan dengan agihan sejumlah RM2,000.00 kepada setiap Masjid dan Surau Jumaat ATM (48 buah) dan RM1,000.00 kepada Surau ATM (160 buah).