logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Pada 2 Mac 2014, Perbarisan Memperingati Peristiwa Lahad Datu diadakan bagi memperingati dan mengenang kembali jasa serta pengorbanan perwira-perwira Negara yang telah berjuang demi mempertahankan kedaulatan tanah air.

Turut hadir untuk menyaksikan perbarisan pada pagi ini ialah YB Menteri Besar Negeri Sembilan, YBhg Panglima Angkatan Tentera, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.

Kontinjen Perbarisan terdiri daripada pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari ketiga-tiga perkhidmatan, TDM,TLDM dan TUDM. Beberapa aset-aset yang terlibat dalam sepanjang operasi di Lahad Datu juga akan turut serta. Pengisian bagi acara pada pagi ini antaranya ialah Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat Malaysia dan Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N) kepada 200 warga ATM (150-TDM, 25-TLDM dan 25-TUDM).

Antara persembahan yang dilakukan semasa Demonstrasi Keupayaan Angkatan Tentera Malaysia, Deklamasi sajak berjudul 'Bangkitlah Pemuda-pemudi Malaysia' oleh Kol Mohd Radzi Abdul Hamid dan Penyerahan pennant kepada pasukan-pasukan yang terlibat secara langsung dalam peristiwa Lahad Datu.