Portal Rasmi
Markas Angkatan Tentera Malaysia

My Government MinDef Markas Angkatan Bersama Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
MyGov MinDef MAB TDM TLDM TUDM

My Government
Khamis, Oktober 02, 2014
Text Size
. .

Artikel

Bahagian Perkhidmatan Anggota

bpa new

MEJ JEN DATO' AZIZAN BIN MD DELIN
PSAT DPKK DPMK DSPN PAT JSM SDK KMN AMK AAP Lemhannas (Indonesia) ctf-ndu psc MA (Monterey CA) LL.B Hons (UiTM)

ASISTEN KETUA STAF PERKHIDMATAN ANGGOTA

MISI
-Mengurus dan memberi khidmat sumber manusia ATM yang berkesan.

VISI
-Menjadi nadi serta penjana kecemerlangan pengurusan dan perkhidmatan sumber manusia ATM yang unggul.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-Pengurusan sumber manusia ATM sebagai core business.
-Mengubal dasar-dasar perkhidmatan.
-Ahli lembaga dan jawatankuasa dalam dan luar ATM berkaitan pengurusan sumber manusia.
-Menguruskan aspek perkhidmatan, istiadat, kebajikan dan perumahan.
-Menyediakan sistem pengurusan dokumentasi, rekod, ganjaran serta faedah-faedah lain kepada anggota ATM.
-Menyediakan dan melaksanakan pengurusan gaji dan elaun.
-Mengurus dan membangunkan sumber manusianya untuk memenuhi keperluan pendidikan.
-Menguatkuasa dan menyelaras tugas kepolisan.
-Melahirkan warga tentera yang beriman, beramal dan bertakwa ke arah memperkukuhkan kerohanian dan kekuatan tempur.

Terdapat 7 Bahagian/Cawangan di bawah Bahagian Perkhidmatan Anggota iaitu:
-Cawangan Staf Am (CSA).
-Cawangan Provos Marsyal (CPM).
-Cawangan Tenaga Kerja (CTK).
-Jabatan Arah KAGAT (KAGAT).
-Jabatan Arah Pendidikan (DIDIK).
-Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP).
-Jabatan Arah UGAT (UGAT).

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PERKHIDMATAN ANGGOTA

 

1. CAWANGAN STAF AM (CSA)

MISI
-Menyediakan pengurusan dan perkhidmatan sumber manusia selaku elemen Markas BPA yang berkualiti.

VISI
-Menjadi nadi serta penjana kecemerlangan pengurusan dan perkhidmatan sumber manusia selaku elemen Markas BPA.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-Menguruskan perihal adat istiadat ATM dan negara serta DYMM SPB YDP Agong.
-Menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan dan PPK kepada anggota-anggota ATM yang layak.
-Mengawal selia dan mengurus Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) dan Tabung Zakat Angkatan Tentera Malaysia (TZATM).
-Menyediakan peruntukan, geran dan bantuan kebajikan kepada perkhidmatan dan anggota.
-Mengkordinasi aktiviti dan peruntukan geran tahunan kepada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK).
-Memberi khidmat nasihat perundangan kepada ATM.
-Menguruskan kewangan BPA dan juga selaku PTJ.
-Mengurus dan mengkordinasikan kursus-kursus kemahiran ATM termasuk MLVK.
-Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Standard Kemahiran (JSK).

 

2. CAWANGAN PROVOS MARSYAL (CPM)

MISI
-Mencegah, menyiasat, menyelidik dan membanteras jenayah serta menguatkuasa disiplin dan undang-undang dalam ATM secara bersepadu.

VISI
-Menjadikan CPM ATM sebuah organisasi penguatkuasa disiplin ATM yang profesional, dipercayai dan dihormati dengan berasaskan kepada undang-undang negara, undang-undang dan peraturan-peraturan ATM n jabatan perkhidmatan awam serta nilai-nilai murni.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-Menyiasat kes jenayah.
-Mengurangkan kegiatan jenayah dan pelanggaran undang-undang.
-Menggubal dasar dan peraturan berkaitan tatatertib termasuk keutuhan dan etika.
-Meningkatkan kerjasama dengan penguatkuasa ATM dengan lebih efektif dan efisien.
-Menyediakan langkah-langkah untuk memperbaiki tahap disiplin berasaskan kaji selidik disiplin dalam ATM.

 

3.  CAWANGAN TENAGA KERJA (CTK)

MISI
-Membentuk dan mengurus skim perkhidmatan, pengambilan dan maklumat perkhidmatan pegawai supaya menarik, berdaya saing serta berkualiti.

VISI
-Menjadi pusat pembangunan skim perkhidmatan anggota yang unggul.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

-Tenaga Kerja A(TK A)
  a. Menggubal peraturan perkhidmatan dalam angkatan tetap, simpanan angkatan tetap dan angkatan sukarela.
b. Mewujudkan syarat perkhidmatan bagi ketiga-tiga perkhidmatan dalam angkatan tetap, simpanan angkatan tetap dan angkatan sukarela selaras dengan keperluan semasa.
c. Menyemak, mengkaji, meminda dan mengemaskini peraturan, perintah dan peruntukan lain yang sedia ada mengenai syarat perkhidmatan di dalam ATM sebagaimana dikehendaki.
-Tenaga Kerja B (TK B)
  a. Urusetia yang menguruskan lembaga pemilihan pegawai ATM.
b. Pingat dan darjah kebesaran Negara dan Persekutuan serta ATM.
c. Publikasi KPJ & K serta Warta Kerajaan.
d. Penyimpanan fail peribadi pegawai.
-Tenaga Kerja C (TK C)
  a. Menguruskan pemilihan dan pengambilan bakal pegawai ATM.
b. Membantu pihak IPTA di dalam memilih pegawai PALAPES.
c. Merancang serta mengelola pameran, ceramah kerjaya dan promosi.
d. Mengemaskini KPI Menteri Pertahanan berhubung penyertaan anggota bukan bumiputera dalam ATM.

 

4. JABATAN ARAH KAGAT (KAGAT)

MISI
-Membantu ATM meninggikan tahap profesionalisma menerusi Pendidikan Islam serta memberi khidmat keagamaan kepada seluruh warga ATM.

VISI
-Menjadi sebuah organisasi dakwah ATM yang berkualiti, seimbang dan berkesan.

PERANAN DAN TANGGUNGGJAWAB
-Menilai dan mengkaji dasar dan arahan keagamaan dipatuhi oleh semua peringkat ATM.
-Menyelaras dan mengurus hal pentadbiran, kewangan, logistik dan pembangunan infrastruktur.
-Meningkatkan profesionalisme KAGAT melalui perancangan dasar dan pembangunan organisasi yang efektif dan efisien.
-Membangunkan sumber manusia KAGAT yang profesional dan cemerlang.
-Menyediakan perkhidmatan media dan bahan penerbitan bagi keperluan pengoperasian keagamaan.
-Menyediakan pendidikan kerohanian bagi membangun kekuatan tempur warga ATM.
-Membangun fungsi masjid/surau ATM sebagai pusat pembangunan kerohanian dan khidmat sosial.
-Menyediakan perkhidmatan keagamaan merangkumi hal-hal kekeluargaan, kebajikan dan kemasyarakatan warga ATM.

 

5. JABATAN ARAH PENDIDIKAN (DIDIK)

MISI
-Meningkatkan taraf pendidikan warga ATM berteraskan falsafah pendidikan ATM.

VISI
-Menjadi nadi penjana kecemerlangan pendidikan warga ATM.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-'Nominated Manager' bagi keperluan pendidikan ATM.
-Membangun sumber manusia dalaman untuk memenuhi keperluan pendidikan.
-Menyediakan dasar dan pelan tindakan serta pelaksanaan program pendidikan.

 

6. JABATAN ARAH REKOD DAN PENCEN (JRP)

MISI
-Untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dengan menyediakan sistem pengurusan rekod yang cekap dan berkesan supaya anggota ATM mendapat faedah perkhidmatan dan persaraan dalam tempoh yang tercepat melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sepenuhnya.

VISI
-Ke arah sebuah organisasi berpengetahuan yang berkualiti, responsif dan proaktif berteraskan keharmonian dan kecemerlangan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-Anggota tetap dan sukarela ATM.
-Pengurusan faedah persaraan, kematian dan hilangupaya.
-Penyelaras bagi pilihanraya yang melibatkan pengundian awal ATM.
-Menyelenggara statistik perjawatan dan pegangan ATM serta senarai LPK.
-Mengurus dan merancang kerjaya anggota KPA (BK) seramai 24 pegawai dan 3,036 LLP.
-NBOS – National Blue Ocean Strategy (1Malaysia Support For Housewife).

 

7. JABATAN ARAH UGAT (UGAT)

MISI
-Memberi perkhidmatan yang cekap, komited dan profesional dalam perlaksanaan tugas.

VISI
-Ke arah sebuah organisasi yang mempunyai kredibiliti dan reputasi profesionalisme yang tinggi serta terkehadapan dalam ATM.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
-Pengurusan gaji dan elaun.
-Pengurusan panjar.
-Khidmat nasihat gaji dan elaun.
-Pengurusan modal insan.

Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply