Portal Rasmi
Markas Angkatan Tentera Malaysia

My Government MinDef Markas Angkatan Bersama Tentera Darat Malaysia Tentera Laut Diraja Malaysia Tentera Udara Diraja Malaysia
MyGov MinDef MAB TDM TLDM TUDM

My Government
Rabu, November 26, 2014
Text Size
. .

Artikel

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ADALAH SEJAJAR DENGAN MISI ATM IAITU :

  • Melindungi kedaulatan dan integriti negara.
  • Bertindak proaktif dalam menjamin keselamatan serta keamanan dan kesejahteraan rakyat jelata.
  • Menyokong dan membantu usaha- usaha kerajaan di dalam pentadbiran dan kesejahteraan rakyat jelata.
  • Mengeratkan hubungan antara tentera dan rakyat jelata serta menyemarakkan kewibawaan dan kemampuan ATM demi kepentingan kesejahteraan negara.
  • Melibatkan diri dalam usaha meningkatkan keamanan dan keselamatan di kalangan negara- negara serantau melalui pelaksanaan aktiviti- aktiviti bilateral dan multilateral serta confidence building measures.
  • Mendukung usaha keamanan dan operasi bantuan kemanusian di arena antarabangsa.

 


 

 

 

JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA AWAM

  • Markas Angkatan Tentera Malaysia tidak menyediakan perkhidmatan kepada awam selain daripada perkhidmatan operasi dan pentadbiran rejimental. Contohnya di ATM tidak menyediakan pejabat awam, kaunter pertanyaan dan helpdesk dimana individu boleh memohon dan mendapatkan perkhidmatan. Perkhidmatan yang disediakan oleh Markas Angkatan Tentera Malaysia adalah kepada rakyat secara menyeluruh bukan untuk individual.
  • Markas Angkatan Tentera Malaysia akan memberi komitmen dalam menyediakan perkhidmatan pelanggan yang efisien  kepada individu atau organisasi yang berurusan dengan ATM. Piagam ini merujuk kepada piawaian perkhidmatan yang digariskan dan dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia mengikut prinsip-prinsip perkhidmatan pelanggan yang berkualiti.
  • Piagam Pelanggan ini adalah secara umum dan perpandukan kepada Bahagian/Cawangan/Jabatan Arah yang dibawah Markas Angkatan Tentera Malaysia yang berinteraksi dengan individu atau organisasi awam.  Iaitu seperti berikut:
    • Bahagian Operasi  dan Latihan Pertahanan
    • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
    • Bahagian Perkhidmatan Anggota
    • Cawangan Tenaga Kerja
    • Jabatan Rekod & Pencen
    • Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan
    • Bahagian Perkhidmatan Kesihatan
    • Bahagian Logistik Pertahanan
    • Bahagian Hal Ehwal Awam
    • Bahagian Pasukan Simpanan

 

JENIS PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  1. Pengurusan Aduan.
    • Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam selepas penerimaan aduan.
    • Memberikan maklumbalas tentang status aduan yang diambil tindakan sama ada telah selesai atau memerlukan siasatan lanjut dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
  2. Memberi jawapan akuan terima dan tindakan susulan yang akan diambil kepada semua surat-menyurat yang diterima secara rasmi melalui pos/berdaftar/faks dan email dalam tempoh tiga (3) hari bekerja darikh tarikh penerimaan.
  3. Pengurusan Kemasukan Pelawat di Pejabat/Kem Tentera.
    • Jika pelawat awam membuat temujanji untuk berurusan di pejabat/kem tentera, pelawat awam dikehendaki mendaftarkan diri di Balai Pengawal tentera untuk memasuki kawasan pejabat/kem tentera.
    • Waktu bekerja untuk pegawai dan anggota ATM adalah dari jam 0800 sehingga 1700, walau bagaimanapun pegawai dan anggota ATM bertugas 24 jam untuk diaturgerakkan apabila diperlukan mengikut arahan pegawai atasan.
    • Waktu kemasukan pelawat awam di pejabat/kem tentera adalah dari jam 0800 hingga 1600 sahaja. Walau bagaimanapun pelawat awam boleh masuk/berada di kawasan tentera jika terdapat keperluan dan kelulusan daripada pegawai atasan berdasarkan keperluan tertentu sahaja.
    • Kemudahan kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) disediakan, pelawat awam perlu memaklumkan keperluan tersebut semasa mendaftarkan diri di Balai Pengawal Tentera.
  4. Perkhidmatan ICT
    • Memastikan rangkaian dan sistem aplikasi mencapai tahap ketersediaan capaian tidak kurang 99% sepanjang tempoh waktu bekerja dalam operasi normal.
    • Menyelesaikan 100% inciden keselamatan ICT dalam tempoh 24 jam.
    • Semua penyelenggaraan dan penambahbaikan peralatan ICT diurus dalam tempoh 30 hari bekerja dari tempoh aduan diterima bagi memastikan penggunaan kemudahan dan peralatan ICT secara optimum.
  5. Sesi Pengambilan Perajurit Muda dan Pegawai ATM.
    • Sesi pengambilan Perajurit Muda diperuntukkan setiap tahun hanya 2 sesi sahaja. Walau bagaimanapun sesi pengambilan juga bergantung kepada keperluan dan arahan dari pegawai atasan Markas ATM mengikut situasi tertentu sahaja (perang, darurat, dll.)
    • Maklumat sesi pengambilan akan disiarkan didalam keratan akhbar atau di laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my/ yang perlu individu membuat pendaftaran terlebih dahulu.
  6. Kemudahan Rawatan Kesihatan
    • Setiap anggota tentera/kerajaan boleh mendapat perkhidmatan yang sewajarnya daripada hospital/pusat perubatan/ rumah sakit ATM tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosial-ekonomi.
    • Setiap anggota tentera/awam yang ditakrifkan sebagai dalam keadaan kecemasan akan diberi perkhidmatan dengan segera.
    • Setiap anggota tentera/kerajaan akan dirawat dan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
    • Setiap anggota tentera/kerajaan akan diberi perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
    • Setiap anggota tentera/kerajaan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan hygenic.
    • Setiap anggota tentera/kerajaan boleh mendapat penjelasan dan nasihat mengenai perkhidmatan yang diberikan kepadanya.
  7. Kemudahan Pendidikan Dan Pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
    • UPNM akan membuat pengambilan calon-calon setiap tahun bagi tempoh-tempoh seperti berikut:Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan secara dalam talian (online) melalui laman web berikut http://upu.moe.gov.my pada tarikh yang diumumkan.
      • Peringkat Lepasan SPM / Setaraf.
      • Peringkat Lepasan STPM / Setaraf
      • Peringkat Sarjana Perubatan.
      • Peringkat Program Pengajian Siswazah.
    • Penuntut UPNM menerima maklumat tentang Pengajian Akademik dan Latihan Ketenteraan Umum (LKU) sebelum semester bermula.
    • Program Akademik memenuhi beban kredit seperti yang diluluskan oleh Senat UPNM dan LKU dilaksanakan mengikut prosedur rancangan yang disediakan dengan khidmat nasihat akademik dan ketenteraan oleh Penasihat Akademik dan Kaunselor yang berkelayakan.
    • Maklumat peribadi penuntut, maklumat akademik dan latihan ketenteraan dilaksanakan mengikut kaedah Persuratan Tentera dalam Panduan Peraturan Staf Angkatan Tentera (T100).
    • Bagi penuntut (lepasan SPM/STPM/Setaraf) yang telah memenuhi syarat lulus program akademik dan disahkan oleh Senat UPNM boleh dianugerahkan ijazah sarjana muda dalam bidang yang didaftarkan. Penuntut yang telah dianugerahkan ijazah sarjana muda dan lulus semua latihan ketenteraan layak ditauliahkan sebagai Pegawai Muda ATM. Tarikh kuatkuasa pentauliahan ialah pada tarikh terakhir pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Senat UPNM atau pengesahan keputusan mata pelajaran LKU oleh Lembaga No. 3 ATM.
  8. Paparan Maklumat Kepada Awam.
    • Paparan maklumat yang dipamerkan didalam portal rasmi Markas ATM akan disampaikan dengan jelas dan mudah difahami.
    • Ucapan/Keratan Akhbar/Artikel/Publikasi di portal rasmi Markas ATM akan dimuat naik dalam masa 1 hari bekerja selepas acara/aktiviti berlaku.
    • Semua publikasi/arahan/doktrin boleh diakses dan di muat-turun di dalam portal Markas ATM.
  9. Penilaian dan Laporan.
    • Maklum balas yang diterima melalui aduan atau cadangan (email/telefon/e-aduan/surat aduan) akan diambil kira dalam penilaian komitmen Markas ATM terhadap perkhidmatan yang digariskan didalam Piagam ini.
    • Maklum balas penilaian pencapaian Piagam ini akan digunakan dalam memperbaiki perkhidmatan yang disediakan oleh Markas ATM.
Presets . . . . . . . . . . . .
Main Style . .
Patterns . . . . . . . . . . . .
Accent Color
Apply