logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PELANCARAN YAYASAN AMANAH ATM

1

KUALA LUMPUR, 27 Disember 19 - Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj. Zulkifli Bin Hj. Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia hari ini telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Yayasan Amanah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertempat di Dewan Salahuddin Al-Ayubi, Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur.

2

Yayasan Amanah ATM ini diadakan adalah untuk mewujudkan mekanisme penyaluran dana (sumbangan) secara efektif melalui akaun Yayasan yang terurus dan sempurna. Ia bertujuan untuk menyemai budaya membantu di kalangan warga Kementerian Pertahanan dan ATM untuk sama merasai kepayahan serta kekurangan yang dihadapi oleh golongan atau kelompok yang kurang berkemampuan.

3

Pengumpulan dana adalah melalui inisiatif sedekah jariah dan sumbangan sukarela serta melaksanakan pemotongan gaji secara berpusat kepada warga ATM dan Awam Kementerian Pertahanan yang berminat untuk menyumbang kepada yayasan tersebut.

 

4

 

Matlamat penubuhan yayasan ini adalah seiring dengan Wawasan Kemakmuran Bersama yang diperkenalkan oleh kerajaan. Selain itu, ia juga selari dengan matlamat yang didukung oleh United Nations Agenda 2030 untuk mencapai Agenda Pembangunan Mapan (Sustainable Development Goals) di mana, pendekatan pembangunan inklusif tidak akan meminggirkan sesiapa pun di bawah prinsip ‘leaving no one behind’.

5

Melalui inisiatif serta penubuhan yayasan ini, usaha untuk meningkatkan kualiti hidup di kalangan warga Kementerian dan ATM tidak akan terhenti dan berkesinambungan serta akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira bangsa dan juga agama.

6

Turut diadakan sempena pelancaran yayasan ini adalah penyampaian dana sumbangan kepada yayasan berkenaan iaitu daripada Markas ATM, ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat, Laut dan Udara, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Amanah ATM, Koperasi Tentera, Tabung Zakat ATM, SCS Sdn. Bhd. dan Sapura Secured Technologies.

7

Turut hadir dalam majlis ini ialah Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Darat; Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara; Leftenan Jeneral Datuk Kamalruzaman bin Mohd Othman TUDM, Ketua Staf Markas ATM; Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur; Pegawai Kanan ATM dan Awam Kementerian Pertahanan.

80584734 3381250775279594 98224785368023040 o