logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan Dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 48/2019

 

DSC 0227

Kuala Lumpur, 4 Disember 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan Dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 48/2019 di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan pada hari ini.

DSC 0223

 

Pada majlis graduasi ini, seramai 165 penuntut terdiri daripada 99 orang TDM, 33 orang daripada TLDM dan TUDM telah berjaya menamatkan kursus selama tiga semester yang mengambil masa hampir setahun pengajian. Para graduan ini akan menerima Sijil psc (Passed Staff College) dan Diploma Pascasiswazah Kajian Strategik dan Pertahanan.

 

Anugerah UPNM - Lt Kdr Melvinderjit Singh Walia (TLDM)
Anugerah Komandan - Mej Abang Raduan bin Abang Madihi (TUDM)
Anugerah Haigate - Mej Muhammad Firdaus bin Sa'ad (DARAT)
Anugerah BOG - Mej Kamarul Bahrin bin Razali (DARAT)

DSC 0216

Untuk pengetahuan, KPSM merupakan kursus yang ditawarkan kepada pegawai-pegawai yang berpangkat Mejar/Leftenan Komander setaraf yang terpilih untuk menjawat jawatan Pemerintah dan Staf di dalam Perkhidmatan bersama. Ia bertujuan untuk melatih pegawai untuk menganalisa isu-isu penting berkaitan strategi dan pertahanan di peringkat nasional, serantau dan global, mentafsir faktor-faktor dan konsep dalam struktur pembangunan ketenteraan, melaksanakan tugas sebagai Pegawai Staf dan Pemerintah dalam kebersamaan di peringkat operasi dan strategik Pertahanan serta menyelesaikan segala permasalahan dalam pelbagai situasi.

DSC 0103

 

DSC 0070

DSC 0058

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin buang (TUDM),
Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Dato Haji Abdul Halim bin Haji Jalal, Komandan MTAT, Brigadier Jeneral Dato Mohd Sofi bin Md Lepi, Pegawai-Pegawai Kanan ATM serta ahli keluarga penuntut kursus