logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

EKSESAIS PERKASA WAJA Siri 3/2018

Eks9

 

8 Okt, INSTUN, Tanjung Malim - EKSESAIS PERKASA WAJA Siri 3/2018 telah berlansung pada 8 Oktober sehingga 12 Oktober 2018 bertempat di Institut Tanah Dan Ukur Negara (INSTUN), Tanjung Malim Perak. Eksesais Perkasa Waja merupakan Latihan Tahunan Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP). Latihan kali ini adalah bertujuan untuk mengukur keupayaan BGSP didalam memberikan perkhidmatan geospatial pertahanan di dalam fasa operasi peperangan di peringkat Briged. Bagi merialisasikan tujuan tersebut, BGSP telah dibantu oleh Markas Briged Ke 2 Infantri yang berpangkalan di Ipoh dalam memberikan khidmat nasihat daripada aspek keperluan penugasan di medan.

 

Eks1

Disepanjang eksesais ini, tumpuan diberikan kepada menguji keupayaan Geospatial Mobile System (GSMS) di dalam menganalisa data di lapangan. Selain itu, antara perkara-perkara lain yang diuji adalah seperti berikut:

  • Menguji ketersediaan data-data geospatial di dalam repository BGSP.
  • Menguji keupayaan Portal GIS BGSP dipaparkan di Medan secara online dan offline (menggunakan komunikasi satelit daripada terminal X-Band Pusat Komunikasi Satelit (PKS)).
  • Menguji keupayaan applikasi Collector (kutipan / kemaskini data) dalam keadaan offline / online.
  • Menyediakan Common Operating Picture (COP) untuk keperluan pengoperasian.
  • Menyediakan aplikasi Dashboard untuk tujuan pemantauan operasi.
  • Menguji keupayaan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dalam memberikan maklumat sebelum, semasa dan selepas kejadian.
  • Menyediakan template analisis dan aplikasi khusus untuk keperluan terrain analysis.
  • Menguji keupayaan pemprosesan perisian Drone2Map bagi menghasilkan ortofoto dan produk 2D/3D melalui imej UAV di medan.

Eks4

Eksesais ini telah memberikan ruangan yang terbaik bagi BGSP mengenalpasti kelemahan di dalam memenuhi keperluan operasi dan latihan. Selain itu, ianya juga telah dijadikan platform untuk menerangkan dan menjelaskan keupayaan serta kemampuan BGSP dalam memberikan perkhidmatan geospatial pertahanan kepada pasukan sahabat khususnya kepada Markas 2 Briged. Eksesais ini telah mampu membina keyakinan diri dikalangan staf BGSP di dalam memberikan khidmat nasihat teknikal geospatial dalam sebarang penugasan operasi, eksesais dan latihan.

 

Eks8

 

Eks5