logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ANGGOTA CEDERA SEMPENA HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-85

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.10 PM

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.11 PM

16 Okt, Subang - Majlis Ramah Mesra bagi Meraikan Anggota Cedera Peringkat ATM telah diadakan bertempat di Pangkalan Udara Subang, Selangor sempena sambutan Hari ATM ke-85. Majlis tersebut bertujuan meraikan anggota yang cedera kekal semasa melaksanakan operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam mahupun di luar negara sama ada yang masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara selain dapat mengenang jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.10 PM 1

 

Seramai 65 orang anggota dan veteran ATM yang tercedera bersama-sama waris telah diraikan dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna di Hangar No. 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, Selangor. Acara ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan bersempena sambutan Hari ATM. Jumlah keseluruhan anggota cedera yang diraikan di seluruh Malaysia adalah 571 orang iaitu 56 orang masih berkhidmat dan 515 anggota yang telah bersara. Ia dilaksanakan dalam tempoh sambutan Hari ATM ke-85 di sembilan markas formasi yang telah dipertanggungjawabkan.

 

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.10 PM 3

Sumbangan saguhati bernilai RM 500.00 seorang diberikan kepada anggota tersebut melalui dana dari Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT). Selain itu juga, Sel Kebajikan di setiap perkhidmatan ada menyediakan sumbangan seperti perolehan peralatan khas berpandukan permohonan yang dibuat. Sementara itu, bagi anggota yang telah bersara, permohonan tersebut perlu melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM yang berdekatan.

 

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.11 PM 1

Selain itu, bagi mengurangkan beban kewangan untuk anak-anak anggota cedera ini, bantuan khas pendidikan turut disediakan kepada mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi dalam bentuk dermasiswa dan pemilikan komputer.

 

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.10 PM 5

ATM amat menitikberatkan soal kebajikan anggotanya dan sentiasa diberikan keutamaan dalam usaha memantapkan keupayaan ATM dalam memperjuangkan kedaulatan Negara. Sumber manusia merupakan aset terpenting di dalam sesuatu organisasi, begitu juga tidak terkecuali bagi ATM. Sifat kemanusiaan yang diamalkan di semua peringkat di dalam sesebuah organisasi merupakan kesatuan dan keperihatinan spiritual terhadap kebajikan.

 

WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.14.10 PM 4

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Panglima Tentera Darat, Yang Berbahagia Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Presiden Persatuan Veteran ATM, Laksamana Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (Bersara) , pegawai -pegawai kanan ATM, dan ahli keluarga anggota cedera.