logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MALAM ANUGERAH MAJLIS SUKAN ANGKATAN TENTERA 2017 MERAIKAN ATLET ATM

43581313 2282850975119585 2405876272166076416 o

10 Okt, Kuala Lumpur - Malam Anugerah Majlis Sukan Angkatan Tentera (MSAT) bagi tahun 2017 telah diadakan bertempat di Dewan Perkasa, Wisma ATM, Kuala Lumpur. Malam anugerah ini telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

 

43614949 2282851395119543 230639000765857792 n

Beberapa anugerah dan sijil penghargaan serta kepujian telah disampaikan antaranya Sijil Penghargaan kepada 12 Penerima Pentadbir Sukan yang bertanggungjawab memajukan dan meningkatkan prestasi sukan ATM, Sijil Kepujian kepada 6 orang atlet yang telah mewakili dan menyumbang bakti bagi peningkatan prestasi sukan ATM serta Lambang Perak dan Emas kepada atlet-atlet ATM. Selain itu juga, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah dinobatkan sebagai Johan Antara Perkhidmatan bagi tahun 2016 yang telah berjaya menjadi Johan selama 10 tahun berturut-turut.

 

43652084 2282850991786250 171514472379187200 o

Laskar Kelas I PRL Muhammad Ezuan bin Nasir Khan dari sukan Menembak telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2017, beliau telah berjaya merangkul 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak sewaktu 41st South East Asia Shooting Championship (SEASA) 2017, 1 Emas sewaktu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, tempat ke-20 sewaktu ISSF World Cup Rifle/Pistol/Shotgun, 3 emas 1 Perak di Kejohanan Menembak Selangor, 3 Emas dan 1 Gangsa di Kejohanan Menembak Kebangsaan dan 2 Emas 1 Gangsa di Trofi Ally T.H Ong. Olahragawati dimenangi oleh Lans Koperal Zaidatul Husniah binti Zulkifli dari sukan Olahraga. Kejayaan beliau sepanjang tahun 2017 adalah 1 Perak sewaktu AGN League 7 South Africa, 1 Perak di Sasol NWU Pukke International, South Africa, 1 Perak di Terbuka Thailand, 2 Perak sewaktu Kejohanan Sukan SEA 2017 dan 1 Emas di Terbuka Kebangsaan.

 

43666911 2282851121786237 6609205059311894528 o

Pihak Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) turut menyampaikan sumbangan kepada MSAT berjumlah RM 30,000 yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato Sri Abdul Aziz bin Hj Zainal (Bersara), Pengerusi Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) kepada Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara merangkap Yang DiPertua Majlis Sukan Angkatan Tentera.

 

43754100 2282851245119558 4294495176014954496 o

Turut hadir adalah Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara, Ketua Staf Markas ATM, Timbalan Panglima Tentera Udara serta Pegawai-pegawai Kanan

 

43537987 2282851265119556 2831726849409679360 o