logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENUTUP NADWAH ILMIAH PEGAWAI KANAN 2018 (NAIM 2018)

WhatsApp Image 2018 08 03 at 10.41.52 AM

 

3 Ogos, Alor Gajah Melaka - Majlis Penutup Nadwah Ilmiah Pegawai Kanan 2018 (NAIM 2018) telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin, Panglima Angkatan Tentera bertempat di A'Famosa Resort Hotel, Alor Gajah, Melaka disertai oleh Pegawai-pegawai Kanan Tentera berpangkat Kolonel setaraf dan ke ke atas dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM, Pegawai-pegawai Kanan Awam Gred 52 ke atas, peserta jemputan dari agensi beruniform lain yang terdiri daripada APMM, Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Penjara Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

 

WhatsApp Image 2018 08 03 at 12.31.35 PM

 

WhatsApp Image 2018 08 03 at 12.31.36 PM 1

Program ini merupakan salah satu wadah percambahan fikiran untuk merealisasikan objektif umum ATM yang berfungsi sebagai National Lead Agency. Program ini juga merupakan program tahunan ATM yang dianjurkan oleh Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera ( KAGAT) dalam usaha memantapkan pembinaan mental dan kerohanian modal insan pertahanan dan keselamatan negara.

 

WhatsApp Image 2018 08 03 at 12.31.37 PM 1

Pelaksanaan program NAIM 2018 ini berkonsepkan pembentangan kertas kerja dan persembahan multimedia serta syarahan oleh penceramah jemputan dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) manakala pengisian slot kerohanian dan modal insan dikelolai oleh Pasukan dakwah Medan KAGAT (PASDAM) dan Fitrah Perkasa Sdn Bhd.

 

WhatsApp Image 2018 08 03 at 12.31.37 PM 5

Program yang dilaksanakan selama 3 hari bermula 1 hingga 3 Ogos ini disertai seramai 63 orang peserta.

 

WhatsApp Image 2018 08 03 at 12.31.37 PM 4