logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN TAHUN 2018

 

31 Julai, WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.28 PM 1Putrajaya - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke- XV, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menyempurnakan Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Tahun 2018 pada hari ini, Selasa, 31 Julai 2018 (18 Zulka’edah 1439H) jam 10.30 pagi di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.29 PM

Istiadat Perbarisan pada pagi ini adalah gabungan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu perbarisan statik tanpa senjata yang terdiri
daripada 6 detasmen,dengan kekuatan seramai 46 pegawai dan 823 Anggota Lainlain Pangkat (LLP) iaitu:

1. Detasmen Tentera Darat Malaysia
2. Detasmen Tentera Laut Diraja Malaysia
3. Detasmen Tentera Udara Diraja Malaysia
4. Detasmen Polis Diraja Malaysia (4 pegawai dan 144 anggota LLP)
5. Detasmen Persatuan Veteran ATM (PV ATM) (2 pegawai dan 30 anggota termasuk 10 orang wanita)
6. Detasmen Pesara Polis Diraja Malaysia yang diwakili oleh Persatuan Skuad 69 (2 pegawai dan 30 anggota)

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.31 PM 2

Ketua Perbarisan adalah Leftenan Kolonel Samhasri bin Samah. Mengiringi perbarisan pada pagi ini adalah gabungan Pancaragam ATM dan PDRM di bawah pimpinan Leftenan Mohd Shamram bin Ramli TLDM dan Inspektor Muhammad Farhan bin Muhammad Safirudin serta dibantu oleh Drum Major ATM, Pegawai Waren Udara II Mohd Fairul bin Mahad dan Drum Major PDRM, Koperal Mohamad Fahrul Redza bin
Ramlan.

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.37 PM

Istiadat sambutan dimulakan dengan perarakan masuk dua (2) Panji-panji iaitu Panjipanji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Panji-panji Rejimen dari Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada 4 pegawai dan 103 anggota Lain-Lain Pangkat yang diketuai oleh Mejar Janius Abdiah Shahputra bin Janny. Pancaragam yang mengiringi Kawalan Kehormatan Utama ialah Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang diketuai oleh Mejar Muhammad Nur Azizan bin Yahya.

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.37 PM 1

Sejurus keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perbarisan turut disertai dengan 21 Das Tembakan Meriam Kehormatan yang disempurnakan oleh
41 Bateri lstiadat, Rejimen Artileri Diraja diketuai oleh Mejar Mohd Asri bin Che Wil.

Hadirin turut dipersembahkan dengan deklamasi sajak berjudul “Pahlawan” oleh Leftenan Farahanina binti Ismail TUDM dan ASP Rahimi bin Hamzah dari PDRM serta Persembahan Pantomim, “Operasi Iblis 1971” oleh 6 pegawai dan 98 anggota LLP dari Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja diketuai oleh Leftenan Kolonel Mohd Khairulnizam bin Suliman, Pegawai Memerintah Bn 1 RRD.

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.53 PM 1

Turut hadir pada acara tersebut adalah Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamed; Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah bin Dr. Wan
Ismail; Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu; Timbalan Menteri Pertahanan, YB Senator Liew Chin Tong; Panglima Angkatan Tentera YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin; Ketua Polis Negara, Yang Dihormati Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Fuzi bin Harun, para pegawai kanan dan anggota tentera dan PDRM serta orang awam.

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.54 PM 1

Sambutan Hari Pahlawan adalah kalendar tahunan di peringkat Kebangsaan. Ia adalah antara satu usaha dan keperihatinan kerajaan menetapkan satu hari yang khas bagi
mengenang jasa-jasa perwira tanah air yang terkorban untuk mempertahankan kedaulatan ibu pertiwi. Sejak tahun 1968, acara ini telah dianjurkan secara bergilir-gilir antara ATM dan PDRM dan pada tahun ini, ATM menjadi penganjur.

 

WhatsApp Image 2018 07 31 at 1.31.54 PM