logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

PANGLIMA ANGKATAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT LT GEN MELVYN ONG, CHIEF OF DEFENCE FORCE SINGAPORE ARMED FORCES

37823616 2141337589270925 2618764993436319744 o

 

Kuala Lumpur, 26 Julai – Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli Haji Zainal Abidin telah menerima kunjungan hormat dari rakan sejawatnya iaitu Lieutenant General Melvyn Ong, Chief of Defence Force Singapore Armed Forces di Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.

 

37948161 2141337965937554 4464378600203747328 o

 

37817178 2141337232604294 1203034684800368640 o

Lt Gen Melvyn Ong telah menerima tabik hormat dari Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Rejimen Askar Melayu Diraja. Beliau seterusnya ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera bagi sesi Kunjungan Hormat. Turut disertai oleh Panglima-panglima Perkhidmatan dan Pegawai Kanan ATM.

 

37821844 2141337255937625 8928230336769294336 o

 

37866875 2141338032604214 931410374496878592 o

Selesai kunjungan hormat ke atas PAT, Lt Gen Melvyn Ong dibawa bertemu Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu di pejabat MenHan bagi sesi Kunjungan Hormat.

 

37819700 2141337882604229 733253966577532928 o

Dalam rangka lawatan rasmi Lt Gen Melvyn Ong ke Malaysia selama dua hari bermula dari 25 Julai, beliau telah membuat lawatan ke Pangkalan Udara Butterworth dan juga diraikan sewaktu Makan Malam yang dihoskan oleh Panglima Angkatan Tentera bertempat di Wisma Perwira ATM.

 

37838934 2141338169270867 639394302501322752 o