logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

PERBARISAN PERINTAH ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-20

36730219 2103341449737206 586759431044202496 n

7 Julai, Kem Perdana Sg Besi - Angkatan Tentera Malaysia menyaksikan perubahan secara rasmi tampuk pemerintahan Panglima Angkatan Tentera yang baharu Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 berkuatkuasa pada 20 Jun 2018 yang lalu.

 

36688202 2103341596403858 9004642748472492032 n

Perbarisan Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera telah diadakan di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur yang melibatkan 8 kontinjen daripada ketiga-tiga perkhidmatan iaitu 4 Detasmen Tentera Darat Malaysia, 2 Detasmen Tentera Laut DiRaja Malaysia dan 2 Detasmen Tentera Udara DiRaja Malaysia.

 

36749421 2103342359737115 2891582621748297728 n

Senarai detasmen yang terlibat seperti berikut:
• Detasmen Pertama dari elemen tempur TDM diketuai oleh oleh Mej Shahwira bin Maarof dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja.
• Detasmen Kedua adalah gabungan elemen Para dan Grup Gerak Khas yang diketuai oleh Mej Mohd Taufik bin Hashim dari Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu DiRaja.
• Detasmen Ketiga dari perkhidmatan TLDM diketuai oleh Lt Kdr Ashadi bin Ramli TLDM.
• Detasmen Keempat dari perkhidmatan TUDM diketuai oleh Mej Nik Mohd Zaki bin Nik Mohd Amin TUDM
• Detasmen Kelima melibatkan Bantuan Tempur TDM diketuai oleh Mej Mohd Hafiz bin Zulkifli dari Stesyen Bomba TD, Kem Terendak
• Detasmen Ketujuh dari perkhidmatan TLDM diketuai oleh Lt Kdr Meor Norul Azmi bin Mat Saleh TLDM.
• Detasmen Kelapan dari perkhidmatan TUDM diketuai Mej Normayudi bin Abu Bakar TUDM.

 

36749425 2103342673070417 7021813260244484096 n

Komposisi perbarisan adalah seramai 28 x Pegawai dan 924 x anggota lain-lain pangkat (LLP) yang diketuai oleh Ketua Perbarisan, Lt Kol Mohd Khairul Nizam bin Sulaiman daripada Batalion Pertama Rejimen Renjer DiRaja manakala Penolong Ketua Perbarisan adalah Lt Kdr Ibrahim bin Haron TLDM daripada Markas Pasukan Khas Laut. Pancaragam yang mengiringi perbarisan ini adalah Pancaragam Gabungan ATM di bawah pimpinan Mej Muhammad Nor Azizan bin Yahya.

 

36754114 2103342803070404 8795423196288385024 n

Dalam perbarisan ini, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ SeriPanglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin telah mengambil Tabik Hormat serta 
memeriksa perbarisan sebelum menyampaikan Perintah Ulung beliau kepada seluruh peringkat warga ATM yang hadir.Perbarisan pada kali ini juga turut disertai dengan peragaan aset ATM iaitu kereta kebal PENDEKAR, kereta perisai Adnan ACV300, Kenderaan Perisai GEMPITA AV800, AV4 LIPAN BARA, ASTROS dan Meriam 155mm G5.

 

36811458 2103342116403806 2338653565762928640 n

Turut hadir menyaksikan perbarisan ini adalah Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, YBhg Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Udara, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Hj Buang TUDM serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

 

36812752 2103342453070439 7207286367745736704 n