logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

ACARA MENYAMBUT KETIBAAN PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

WhatsApp Image 2018 06 26 at 11.05.05 AMAngkatan Tentera Malaysia menyambut ketibaan Panglima Angkatan Tentera yang baharu sejak beliau mula terima tugas dan diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Panglima Angkatan Malaysia Ke-20 bermula 20 Jun 2018 berlangsung di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur, hari ini.

 

WhatsApp Image 2018 06 26 at 11.05.02 AM

Acara ketibaan beliau disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima-Panglima Perkhidmatan dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.

 

WhatsApp Image 2018 06 26 at 11.05.06 AM

YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin seterusnya mengambil tabik hormat daripada kontinjen Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Kapten Ahmad Safuan bin Jaafar dan diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

 

WhatsApp Image 2018 06 26 at 11.05.11 AM

YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin dilahirkan pada 30 November 1958 di Port Weld, Perak. Mendapat pendidikan awal di Lenggong, Perak dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja. Beliau telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada 21 Disember 1978 ke dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).

 

WhatsApp Image 2018 06 26 at 11.05.15 AM

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan dari Asian Institute of Management, Manila, Filipina dan juga memperolehi Diploma Lanjutan dalam Perniagaan dan Pengurusan (Kepujian) dari Swansea Institute of Higher Education, University of Wales. Beliau juga mempunyai diploma MTAT, MPAT dan Diploma dari Royal College of Defence Studies (Imperial Defence College), London dan telah menghadiri pelbagai kursus-kursus akademik dan ketenteraan di luar negara seperti di New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Sepanjang karier ketenteraan beliau telah menjawat pelbagai jawatan di peringkat staf, pemerintahan dan latihan di pelbagai peringkat Tentera Darat dan Angkatan Tentera, termasuk sebagai Pegawai Staf Kanan kepada Panglima Angkatan Tentera pada tahun 2001. Kecemerlangan dan kepimpinan beliau adalah kunci utama beliau terpilih menyandang pelbagai jawatan penting dalam ATM. Antara jawatan yang pernah disandang oleh beliau adalah seperti berikut:

1. Ketua Platun Infantri.
2. Ketua Platun Risik Gempur.
3. RSO.
4. IO.
5. Ajutan.
6. Penolong Ketua Kompeni.
7. Ketua Kompeni.
8. Pegawai Latih.
9. Pegawa Memerintah.
10. Pegawai Staf 3,2 dan 1.
11. PSK, MA dan ADC.
12. Komandan.
13. Panglima Briged.
14. AKS.
15. TPTD.
16. PTD.
17. Naib Canselor UPNM.

Kejayaan dan pengalaman beliau di dalam bidang akademik terserlah apabila beliau telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dari 1 Mei 2008 hingga 20 Mei 2010. Beliau telah menghadiri pengajian di Naval Post Graduate School Monterey USA, Defence Management di Canberra Australia dan Senior Development Program di John F. Kennedy School of Government, Harvard University, Massachusetts, Amerika Syarikat pada tahun 2010. Beliau juga merupakan Adjunt Professor di Pusat Inovasi Perniagaan dan Usahawan Teknologi (Centre of Business Innovation and Technopreneurship), Universiti Malaysia Perlis sejak 2010.

Dalam bidang pengurusan, minat beliau adalah dalam bidang Pertahanan, Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia. Dalam pengajian pertahanan dan keselamatan, beliau amat meminati dalam bidang Total Defence, Counter Insurgency Warfare and Terrorism disamping subjek Kepimpinan dan Pembangunan.

Melalui prestasi yang sangat cemerlang dalam kerjaya, begitu juga kursus-kursus yang dihadiri, beliau seringkali merangkul gelaran penuntut terbaik keseluruhan. Pengalaman yang luas dalam bidang kejurulatihan khasnya apabila belaiu telah dipinjamkan ke New Zealand Army sebagai Jurulatih Kanan di New Zealand Army Infantry School daripada tahun 1986 sehingga 1988. Beliau bertanggungjawab dalam pengajaran pegawai dan anggota New Zealand Army dan negara-negara Komanwel yang lain dalam pengajian senjata, taktik dan Counter Insurgency Warfare. Pengalaman ketenteraan beliau amat luas dimana telah terlibat secara aktif dalam operasi Counter Insurgency Warfare semasa operasi melawan
anasir komunis selama 10 tahun bermula dari tahun 1979 dan berakhir pada tahun 1989.

Sebagai mengiktiraf keberanian dan perkhidmatan kepada negara, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah dianugerahkan Darjah Kebesaran PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” daripada Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 2 Jun 2012. Tan Sri juga dianugerahkan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran “Dato’ Seri” daripada DYMM Sultan Perak pada tahun 2012. Pada 2017, Lembaga Pengurusan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah bersetuju melantik Tan Sri sebagai Profesor Ikhtisas.

Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin mendirikan rumahtangga dengan pasangannya Puan Sri Datin Seri Hajjah Rusnah binti Haji A. Rahman dan mereka telah dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada masa lapang, beliau suka berkebun, memancing, dan memburu.