logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

SESI PENGAMBILAN KHAS PERAJURIT MUDA ATM BAGI KAUM INDIA

1

KUALA LUMPUR, 21 JAN - Projek Promosi ATM anjuran bersama Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) Jabatan Perdana Menteri & Persatuan Veteran ATM (PERIM) telah diadakan di SMK Dato Ibrahim Yaakob Jln Ipoh KL.

Tujuan utama program adalah untuk mempromosikan ATM, menggalakkan generasi muda menyertai ATM dan pelaksanaan pemilihan khas khususnya kepada belia-belia kaum India untuk menyertai ATM sebagai pegawai atau LLP.

Cawangan Tenaga Kerja dan semua tim pemilihan perajurit muda TDM, TLDM dan TUDM telah menyertai program ini. Seramai hampir ramai 500 orang terdiri dari ibubapa dan belia-belia yang berminat serta AJK PERIM Kebangsaan dan negeri telah menghadiri program tersebut tersebut.

2

Program bermula pada jam 9 pagi hingga 5 petang meliputi upacara perasmian, ceramah motivasi dan taklimat kerjaya telah berlangsung khusus kepada kaum India.

Turut hadir adalah YBhg Brig Jen Suriakala a/p Suria Bagavan, Pengarah Tenaga Kerja, Mej Murugaiyah (B) Presiden PERIM Kebangsaan, Lt Kol Arumugam (B) Panel Penasihat PERIM, YB Dato Krishnamurti Ahli Kehormat PERIM dan AJK-AJK PERIM Kebangsaan dan negeri-neri turut hadir. Perasmian telah dilaksanakan oleh YB Dato T. Murugiah Penasihat PERIM Kebangsaan.

3

Selain dari syarahan motivasi oleh Saudara Pandaditurai, Pengarah Tenaga Kerja turut menyampaikan taklimat berkaitan Kerjaya ATM.

Selepas majlis perasmian dan syarahan, semua calon yang berminat telah melapor diri ke setiap kaunter untuk memohon dan menyertai ATM melalui kaunter-kaunter pemilihan khas Pegawai Kadet Graduan siri khas dan pemilihan perajurit muda setiap perkhidmatan.