logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata
  • ATM JANJI KAWALAN KETAT

    SIDANG MEDIA BOLA 1

    Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berkerjasama sepenuhnya dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan keselamatan menjelang separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 di antara ATM dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada 18 Okt ini.  Berikut kenyataan yang diberikan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera semasa sidang media yang telah diadakan pada 16 Okt 13 bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.  Sidang media tersebut telah diadakan selepas perbincangan di antara Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), PDRM dan Majlis Perbandaran Selayang bagi memaksimumkan kawalan keselamatan di stadium tersebut.

    Warga ATM turut dijemput hadir bagi sama-sama menyokong pasukan ATM pada perlawanan tersebut nanti.  Tiket bagi warga ATM akan dijual di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur mulai jam 9 pagi pada 18 Okt 13 dan warga ATM tidak dibenarkan membeli tiket di kaunter stadium kerana tiket tersebut dikhaskan bagi orang awam dan penyokong pasukan Kelantan.

    Penyokong pasukan ATM juga digesa agar mempamerkan tahap disiplin yang tertinggi serta tidak terlibat atau membuat sebarang kekecohan semasa perlawanan tersebut berlangsung.

     

  • DIALOG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA SASEAN 2015

     

    SASEAN 1

    KUALA LUMPUR, 7 Dis - The South and Southeast Asian Nations Defence Chief’s Dialogue merupakan inisiatif Sri Lanka melalui Ministry of Defence and Urban Development. Dialog ini bermatlamat untuk membawa Defence Chief’s dari negara anggota South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC) dan ASEAN ke meja rundingan bagi membincangkan isu keselamatan serantau.

    SASEAN 2

    Dialog pertama berlangsung di Colombo, Sri Lanka pada 27 – 29 Nov 2014 dengan tema “Promoting Security Through Dialogue and Cooperation”. Dialog ini dihadiri Defence Chief’s dan wakil Afghanistan, Bangladesh, India, Maldives, Pakistan, Sri Lanka, Brunei, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam. Selain itu China dan Russia turut diundang selaku pemerhati.

    Selaras dengan peranan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini, ATM telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan The 2nd South and Southeast Asian Nations Defence Chief’s Dialogue 2015. Selaku penganjur, ATM telah memilih “Regional Collaboration in Pursuit of Achieving Security and Stability” sebagai tema dialog pada tahun ini.

    Pemilihan tema ini adalah bersesuaian dengan cabaran serta objektif yang ingin dicapai melalui dialog ini iaitu:

     

    a.         Memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan diantara Angkatan Tentera ASEAN dan SAARC melalui aktiviti dua hala dan pelbagai hala.

               

    b.         Meningkatkan perkongsian pengalaman (experience sharing), pengetahuan (knowledge sharing) dan maklumat perisikan melalui aktiviti latihan, operasi ketenteraan dan operasi bantuan (HADR).

     

    c.         Meningkatkan kemahiran negara anggota dalam hubungan kerjasama keselamatan dan pertahanan melalui aktiviti latihan dan operasi dengan menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) dan interoperability.

     

    d.         Memberi ruang kepada Defence Chief’s dari ASEAN dan SAARC bertukar pengalaman dan pandangan dalam usaha mewujudkan persekitaran yang selamat dan stabil dirantau ini.

    Dialog ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 7 dan 8 Dis 2015 di Wisma Perwira ATM. Seramai 7 orang Defence Chiefs’ atau wakil dari negara ASEAN hadir iaitu; Malaysia selaku tuan rumah, Brunei, Filipina, Laos, Vietnam, Thailand dan Singapura. Sementara itu SAARC diwakili Bangladesh, India, Nepal, Maldives, Pakistan dan Sri Lanka. Selain itu Amerika Syarikat, China dan Russia turut hadir selaku pemerhati.  Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan.

    Sepertimana yang diketahui umum, isu keselamatan dan kestabilan yang membelenggu negara-negara ASEAN dan negara Asia Selatan mempunyai banyak persamaan seperti isu keganasan dan bencana alam. Keadaan ini dipengaruhi oleh faktor geografi, ekonomi, pendidikan, etnik dan agama seperti penularan ideologi melampau yang dibawa oleh kumpulan pelampau agama, kaum atau politik serta kedudukan rantau ini yang terdedah kepada bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, letusan gunung berapi dan sebagainya. Isu ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh menjejaskan aspek keselamatan dan kestabilan rantau ini.

    Sehubungan itu, dialog kali ini akan menjadi platform bagi setiap negara peserta untuk berkongsi pengalaman dalam menangani isu keganasan dan bencana alam. Untuk itu dua isu utama yang akan dikongsi dalam dialog ini ialah; Operasi Menyelamat dan Operasi Bantuan Bencana serta Fundamentalism and Extremism.  Resolusi yang dicapai dalam dialog ini akan dijadikan asas kepada untuk memperkukuhkan kerjasama dan kolaborasi dikalangan negara peserta melalui kerjasama latihan dan operasi serta pewujudan Standard Operating Procedure dan Doktrin bersama melalui dialog seumpama ini.  

     

  • HARI PAHLAWAN 2014 DISAMBUT MERIAH

     wira2

    Istiadat sambutan Hari Pahlawan telah di raikan hari ini, 18 Julai 2014, di Kem Perdana Sungai Besi. Tarikh rasmi Hari Pahlawan yang jatuh pada 31 Julai setiap tahun disambut awal tahun ini bagi memberi laluan kepada Hari Raya Aidil Fitri yang dijangkakan pada 28 dan 29 Julai 2014.  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong AlMu'tasimu Billahi Muhibbuddin, Tuanku AlHaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah mencemar duli menghadiri Sambutan Hari Pahlawan. 

    Turut hadir ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin bin Hj Mohd Yassin dan isteri, YB Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin bin Tun Hussein dan isteri, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin dan isteri, Ketua Polis Negara, YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato' Sri Abdul Khalid bin Abu Bakar dan isteri, Menteri-menteri Kabinet, Pegawai-pegawai Kanan ATM, Pegawai-pegawai Kerajaan, Duta-duta Asing, warga ATM dan PDRM serta veteran-veteran dari ATM dan PDRM.

    Keberangkatan SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong telah disambut dengan Kawalan Kehormatan Utama diiringi tembakan meriam 21 das. Selesai pemeriksaan ke atas KKU, Tiupan Paluan Akhir (Last Post) telah berkumandang dengan penurunan Jalur Gemilang.  Kelainan yang dipersembahkan ialah kemunculan sebuah Condor RPZ bersama anggota ATM yang membentuk Tugu Peringatan Negara.

    Acara sambutan telah dimeriahkan dengan persembahan teaterikal Tempur bertajuk DEMI NEGARA KAMI BERKORBAN.  Teaterikal ini  menyingkap tragedi berdarah di Sabah pada Februari tahun lalu yang telah mengorbankan anggota pasukan pertahanan dan mengancam keselamatan negara.  Persembahan melibatkan 11 orang pegawai dan 287 anggota ATM daripada Pasukan Infantri, Rejimen Gerak Khas, Pasukan Bantuan Tempur dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

    Pesawat Pejuang milik TUDM yang merupakan sebahagian dari persembahan teaterikal turut menggegarkan ruang angkasa di Dataran PTD dengan simulasi letupan.

    Sajak 'PAHLAWAN KU' yang dideklamasik oleh Kolonel Mohd. Radzi Abdul Hamid turut menjadi sebahagian dari persembahan teaterikal tersebut dan telah menyentuh penonton sehinggakan menitis air mata.

    " Pembangunan ekonomi negara banyak bergantung kepada keamanan dan keharmonian dalam Negara.  Pasukan Keselamatan telah memainkan peranan yang amat penting dalam menangkis anasir yang cuba memporak-perandakan Negara, dan membantu Negara mencapai kemajuan dan kemakmuran selama ini.  Terima kasih tidak terhingga Beta ucapakan." Begitulah sebahagian dari titah SPB YDP Agong

    Laungan 'DAULAT TUANKU' turut dipersembahkan kepada SPB YDP Agong sebelum SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong berangkat meninggalkan majlis.

     

     

     

  • PAT LAWAT OPS SANGGAH

    LD1

    Anggota Keselamatan ATM telah menerima suntikan semangat bilamana YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah turun padang melawat serta bertanya khabar warga ATM di semua pos-pos OPS SANGGAH.  Lawatan beliau turut diiringi Panglima Angkatan Bersama, Pengarah Eksekutif MiDAS, Panglima I Div, Panglima ATB 2 dan pegawai-pegawai Kanan ATM dari ESSCOM.

     

    Selain mendapatkan taklimat keadaan terkini, YBhg PAT juga telah mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga ATM yang bertugas.  Kata-kata semangat turut disampaikan supaya petugas disana akan terus berwaspada serta menabur jasa bakti demi kedaulatan negara dan tanah air tercinta.

    Selain melakukan lawatan di pos-pos, YBhg PAT juga turut meninjau kawasan operasi dari udara dengan menaiki pesawat Nuri. 

    Walaupun keadaan tenang dan dibawah kawalan, namun YBhg PAT mengingatkan kepada semua supaya lebih berwaspada dan berjaga-jaga sebilang masa agar keselamatan dan kedaulatan tanah air dilindungi. 

    Ketibaan YBhg PAT di Kg. Labian, turut di sambut Ketua Kampung Labian serta masyarakat setempat yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran pasukan keselamatan ATM.

    Kehadiran pasukan keselamatan ATM di kawasan penduduk membolehkan masyarakat tempatan meneruskan aktiviti dan rutin harian tanpa rasa takut lagi.

     

  • SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2015

    HARI PAHLAWAN 1

    KUALA LUMPUR - 31 Julai 2015. Pengorbanan Pasukan Keselamatan negara dalam menjaga keamanan negara sentiasa diingati dan disanjung tinggi oleh rakyat Malaysia.  Seramai 27 Pegawai dan 531 anggota terdiri dari Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Persatuan Veteran ATM dan Persatuan Bekas PDRM telah berhimpun di Dataran Merdeka untuk memperingati jasa pahlawan terdahulu sempena Istiadat Perbarisan Hari Pahlawan. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (SPB YDP), Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis istiadat yang penuh bermakna ini.

    Acara dimulakan dengan tiupan ‘Paluan Akhir’ sambil Jalur Gemilang diturunkan sebagai simbolik mengenang pahlawan yang terkorban dalam mempertahankan negara dari musuh durjana.  Sejurus kemudian, para hadirin telah dipersembahkan dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Pahlawan’ hasil ciptaan Mej (B) Mohamed Awang yang disampaikan oleh DSP Rose Baini Kassim dan ASP Mohamed Mahat.  Sempena istiadat ini juga, persembahan pentomen mengenai serangan pihak Komunis ke atas Balai Polis Kuala Krau, Pahang yang dipertahankan oleh ‘mata-mata’ (Polis) Mohd Yusoff Mohamad sambil dibantu oleh isterinya pada 26 Jun 1948. Turut dipersembahkan mengenai kisah ASP Mohd Zabri Abdul Hamid daripada Platun 69 Komando yang berjuang hingga ke titisan darah terakhir menentang komunis di Sungai Siput, Perak dalam Ops Banboo 2 pada 1975.  Seterusnya acara tiupan ‘Paluan Fajar’ iaitu menaikan Jalur Gemilang sebagai memberi semangat kepada pahlawan yang masih hidup untuk terus mempertahankan kedaulatan negara.  Sebelum mengakhiri persembahan, ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali telah dilaungkan sebagai simbolik bukti taat setia anggota pasukan keselamatan dan rakyat di bawah naungan baginda.

    Turut hadir Turut hadir Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein; Panglima Angkatan Tentera YBhg Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Ketua Polis Negara YBhg Tan Sri Khalid Abu Bakar.