logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata
  • KURSUS RELIABILITY, AVAILABILITY AND MAINTAINABILITY (RAM) 2014

    BLP 1

    KursusReliability, Availability and Maintainability (RAM) 2014 telah dianjurkan pada 21 hingga 25 April 2014 bertempatdi Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE), Makmal Decision Support Centre(DSC Lab), Blok A, Kompleks Induk STRIDE, Taman Bukit Mewah Fasa 9, 43000 Kajang. Seramai 26 orang peserta yang terdiri daripada pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri kursus ini.

    Kursus RAM bertujuan memberi pengenalan mengenai proses terhadap kaedahIntegrated Logistics Support (ILS) untuk program perolehan aset kapital ATM.  Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta terhadap kejuruteraan RAM melalui latihan teori dan amali.  Matlamat utama kejuruteraan RAM adalah seperti berikut:

    1. Merekabentuk, membangun, membina atau menghasilkan produk, sistem dan perkhidmatan yang boleh diharap (reliability).
    2. Mengurangkan beban kos dan aktiviti selenggaraan (maintainability).
    3. Memelihara/mendapatkan kesiapsiagaan (availability) mengikut kehendak pengguna dan keperluan operasi.

     

  • MAJLIS PERUTUSAN KHAS MENHAN 2016

    BANNER PERUTUSAN MENHAN TAHUN 2016.1

    KUALA LUMPUR, 15 Feb – Panglima Angkatan Tentera (PAT), YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli bin Mohd Zin menghadiri Majlis Perutusan Khas 2016 Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein kepada warga Kementerian Pertahanan bertempat di Wisma Perwira ATM, Kuala Lumpur.

    Dalam perutusan ini YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyatakan mulai 2016, Halatuju Kementerian Pertahanan telah ditetapkan demi warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Pertahanan.  Halatuju ini berdasarkan 5 teras iaitu Teras Kesiapsiagaan, Teras Keselamatan, Teras Kebajikan, Teras Diplomasi Pertahanan dan Teras PLKN 2.0.  Sebagai pembuka tirai dan permulaan tahun, Teras Kebajikan menjadi keutamaan dan tetap menjadi salah satu fokus strategik Kementerian Pertahanan yang perlu dicapai pada tahun ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Tentera Darat, YBhg Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Roslan bin Saad TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut, YBhg Laksmana Madya Dato' Anuwi bin Hassan; serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan.

     

  • PERBARISAN HARI ATM KE-81

    Perbarisan ATM 1

    Pada 17 September 2014 (Rabu), bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sg. Besi Kuala Lumpur, telah diadakan Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-81.  Pegawai Tabik Hormat pada pagi itu ialah YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.  Di antara jemputan yang hadir adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan-mantan Panglima-panglima Perkhidmatan, wakil-wakil tentera negara asing, warga ATM serta warga awam KEMENTAH.

    Perbarisan Hari ATM kali ini membawa tema 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara' berkonsepkan perbarisan mengarak Panji-panji Rejimen dengan penglibatan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia mengandungi 2 detasmen gabungan bersama 7 panji-panji gabungan manakala detasmen Tentera Laut DiRaja Malaysia bersama 4 panji-panji dan detasmen Tentera Udara DiRaja Malaysia juga bersama 4 panji-panji.

    Keseluruhan perbarisan terdiri daripada 33 pegawai dan 610 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Norzi Azman bin Mat TUDM.  Penolong Ketua Perbarisan ialah Mej Nor Hakimi bin Abdullah, Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohd Husairi bin Taib TUDM dan SMR Perbarisan terdiri daripada PW I (SMR) Samanuddin bin Mohd Saidi dari Tentera Darat, PW I PAP Rizal bin Abu Bakar dari TLDM dan PW (U) I Mohd Norhisham bin Abu Yamin dari TUDM.  Sejumlah 15 panji-panji Rejimen/Skuadron Perkhidmatan ATM terlibat dalam perbarisan.  Kontingen Pertama Tentera Darat daripada gabungan pasukan tempur iaitu Batalion ke 5 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Batalion ke 6 Rejimen Renjer DiRaja, Rejimen Pertama Kor Armor DiRaja yang diketuai oleh Mej Mahadir bin Kasmuri.

    Kontinjen Kedua Tentera Darat adalah dari pasukan Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat terdiri daripada gabungan 71 Rejimen Semboyan DiRaja, Rejimen Askar Jurutera DiRaja 2 Divisyen, Rejimen Pertama Artileri DiRaja (Para) dan 71 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja yang diketuai Mej Mohd Nazri bin Yeop.

    Kontinjen Ketiga terdiri daripada KD MALAYA, KD PELANDOK, KD RAJAWALI dan KD DUYONG yang diketuai oleh Lt Kdr Shahru Zikri bin Abd Jalil TLDM.  Kontinjen Keempat dari TUDM terdiri daripada No. 7 Skuadron, No. 11 Skuadron, No. 15 Skuadron dan Kolej Tentera Udara yang diketuai oleh Meh Mohd Rizal bin Ramli TUDM.

    Perbarisan kali ini turut menyaksikan seramai 16 warga ATM yang terlibat dalam Ops Daulat menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) dan 10 staf awam menerima Sijil Kepujian PAT.  

     

    Kedua-dua acara tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

    3 pasukan yang mewakili setiap perkhidmatan juga telah menerima Anugerah Siap Siaga ATM kerana berjaya mempamerkan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi dalam perkhidmatan.  Pasukan yang telah menerima anugerah tersebut adalah 21 Grup Gerak Khas dari TDM, KD LEKIU dari TLDM dan PU Kuantan dari TUDM.

    ATM masih mengekalkan tema 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara' yang telah dilancarkan pada tahun 2013 dan ianya akan digunapakai selama 5 tahun sehingga 2018.

     

  • PERBARISAN SEMPENA HARI ATM KE-82

     

    HARI ATM 2

    KUALA LUMPUR, 17 Sept-Angkatan Tentera Malaysia meraikan kewujudannya ke-82 pada semalam 16 Sep 15, sama tarikh dengan Hari Malaysia.  Perbarisan Hari ATM diadakan pada hari ini, 17 Sep 15 bagi memberi laluan kepada Sambutan Hari Malaysia.  Susur-jalur Angkatan Tentera Malaysia boleh diimbau dari penubuhan rasmi Tentera Darat.  Pembentukan Malaysia pada 16 September 1961, menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan tentera (1972). 

    Kerajaan juga telah mempersetujui iaitu Hari Angkatan Tentera disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia.Bagaimanapun, mengambil kira penubuhan awal pasukan tentera pada tahun 1933, yang merupakan pasukan tentera peneraju negara, tahun tersebut juga telah dijadikan sebagai tahun tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia.

    Acara pada hari ini melibatkan seramai 50 pegawai dan 610 anggota LLP keseluruhannya  manakala di dalam perbarisan seramai 29 Pegawai dan 488 anggota LLP terlibat secara langsung.  Sejumlah 15 panji-panji Rejimen/Skuadron Perkhidmatan ATM terlibat pada perbarisan hari ini. Panji-panji 8 RAMD, 6 RRD, 2 KAD, 71 RSD, RAJD 2 DIV, 1 RAD (Para)dan 72 KPD dari Tentera Darat Malaysia. Bagi TLDM pula panji-panji KD Pelandok, KD Malaya, KD Panglima Hitam dan KD Rajawali manakala TUDM melibatkan panji-panji No 1Skuadron, No.7 Skuadron, No. 15 Skuadron dan Kolej Tentera Udara.

    Pegawai Tabik Hormat pada pagi ini ialah YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT).  Di antara jemputan yang hadir pada pagi ini adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera mantan-mantan Panglima Perkhidmatan, KSU KEMENTAH, wakil-wakil Tentera negara asing, warga ATM, warga Kementerian Pertahanan dan ATM.

    Perbarisan pada pagi ini juga menyaksikan seramai 10 warga ATM menerima Pingat Perkhidmatan Setia (PPS) dan 10 staf awam menerima Sijil Kepujian PAT. Penerima Anugerah Kesiagaan PAT bagi Perkhidmatan Tentera Darat ialah Markas 3 Divisyen,  Tentera Laut Diraja Malaysia ialah  Skn 502, KD Rajawali dan Tentera Udara Diraja Malaysia ialah Pangkalan Udara Gong Kedak.

    Ketua Pebarisan pada tahun ini ialah Komander Md Zain bin Zakaria TLDM, Ajutan Perbarisan, Kapt Mohd Afiq bin Abdullah TUDM dan Sarjan Mejar Perbarisan, PW 1 Suhardi bin Syeaid dari Tentera Darat, PW 1 PAP (G) Maliki bin Zolkipli dari TLDM dan PW (U) Abdul Abdul Halim bin Ishak dari TUDM. Perbarisan pada pagi ini diiringi Pancaragam Pusat ATM yang diketuai Kapt Mohd Sobri bin Mohamed Isa TUDM. ATM mengekalkan tema  ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara yang telah di lancarkan pada tahun 2013 dan  akan digunapakai selama 5 tahun sehingga 2018.