logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

RAKYAT MEMERLUKAN BEKALAN MAKANAN MENARIK NAFAS LEGA DENGAN BANTUAN PENGHANTARAN OLEH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

6

SARAWAK, - ATM meneruskan khidmat bakti dalam melaksanakan tugas sekundernya ketika negara bersama para petugas barisan hadapan kini berusaha memutuskan rantaian wabak COVID-19.

3

 

Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) di Malaysia Timur kini, di samping melaksanakan amanah negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), formasi itu turut memastikan penghantaran bekalan makanan kepada penduduk terutama di kawasan pedalaman dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

5

 

Bekalan makanan melalui penghantaran udara menggunakan pesawat EC-725 milik TUDM, telah diterbangkan ke kawasan-kawasan yang sukar dilalui dengan jalan darat seperti Miri, Bario, Long Loyang dan Long Akah, Sarawak. Para anggota Tentera Darat dari 3 dan 9 Briged Infantri Malaysia telah diaturgerakkan bagi membantu proses pemunggahan dan pengagihan bekalan makanan berkenaan yang turut dibantu oleh penduduk setempat.

 

Pada 5 April 2020 lalu, Majlis Simbolik Pelancaran Bantuan Bekalan Makanan Sarawak telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg di Hangar Bomba, Lapangan Terbang Miri. Beliau telah mengumumkan Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.4 juta, untuk membekalkan makanan asas (essential food items) kepada golongan sasaran yang memerlukan di seluruh Sarawak.

 

TUDM dan Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat khususnya akan membantu melaksanakan tugas penghantaran bekalan makanan di Malaysia Timur ini demi kesejahteraan semua.