MAFHQ Latest News

48417089 2424804407590907 8597264945828069376 n
21 Disember 2018 – Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji…
48366610 2415079835230031 6985355636510818304 n
  13-16 Dis, Ipoh - Karnival Usawan dan Hartanah Negeri Perak 2018 telah diadakan bertempat di Bulatan Sultan Azlan Shah,…
48373342 2411530772251604 6303017021168680960 n
  KUALA LUMPUR, 14 Dis - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat bersama…
  6 Dis, Kuala Lumpur - Majlis Penyerahan Sistem HRMIS ATM di antara Bahagian Komunikasi dan Elektronik Pertahanan (KOMLEK) dan…
46975887 2395616067176408 3745916372144619520 o
  KUALA LUMPUR, 5 Dis – Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera dengan kerjasama Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan…
WhatsApp Image 2018 11 01 at 6.05.09 PM 1
  KOTA KINABALU, 1 November 2018 – Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin…
WhatsApp Image 2018 10 26 at 11.54.22 AM
    Selangor, 26 Okt 2018 - Majlis penutup kursus integriti ATM siri 3/2018 yang bertempat di Institut Material TUDM,…
WhatsApp Image 2018 10 25 at 1.11.11 PM 1
  KUALA LUMPUR. Pada 25 Okt 2018 telah berlansung Environmental System Research Institute ( ESRI) Malaysia User Conference 2018 (EMUC)…
2
  19 Okt - Jabatan Arah Pendidikan telah berjaya menerbitkan 5 naskah buku teks mengikut tahap penguasaan nilai Pendidikan Moral…
WhatsApp Image 2018 10 17 at 2.17.03 PM 1
  Kuala Lumpur, 17 Okt 2018 - Lawatan Jemaah Tertinggi BAKAT ATM ke Hospital Angkatan Tentera Tunku Mizan sempena sambutan…
WhatsApp Image 2018 10 16 at 3.39.31 PM
16 Okt, Kuala Lumpur - Satu Majlis Serah Terima Tugas Yang diPertua KSSKA telah diadakan di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan…

berita en

pengumuman en

aktiviti en

galeri en

perkhidmatan en

LAWATAN ULUNG PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE PANGKALAN UDARA LABUAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 

51910905 2536878863050127 6977156531057852416 o

LABUAN, 13 Feb 2019 – Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin telah melaksanakan lawatan ulung ke Markas Wilayah Udara 2, Pangkalan Udara Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

 

52297895 2536881466383200 4837010765963591680 o

Ketibaan beliau disambut oleh Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Hj Abdul Mutalib bin Datuk Hj Ab Wahab TUDM, Panglima Wilayah Udara 2, Mejar Jeneral Dato’ Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Udara, Mejar Jeneral Dato’ Dzukarnain bin Hj Ahmad TUDM dan Komander Pangkalan Udara Labuan, Brigedier Jeneral Dato’ Hj Sardon bin Hassan TUDM. Lawatan beliau dimulakan dengan penerimaan tabik hormat dan pemeriksaan Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Pangkalan Udara Labuan terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 Anggota Lain-lain Pangkat yang diketuai oleh Mej Mohd Amin bin Ibrahim TUDM.

51910879 2536880783049935 4490017489081597952 o

Panglima Angkatan Tentera seterusnya telah dipersembahkan sesi taklimat berkenaan Pangkalan Udara Labuan yang telah disampaikan oleh Komander Pangkalan Udara Labuan.

Seterusnya, Panglima Angkatan Tentera membuat lawatan ke Skuadron di Pangkalan Udara Labuan dengan konsep lawatan secara ‘walking brief’. Acara lawatan ke skuadron dimulakan dengan lawatan ke No.6 Skuadron yang mengoperasikan pesawat pejuang Hawk MK 108/208. Ia seterusnya diikuti dengan lawatan ke No.5 Skuadron yang mengoperasikan pesawat Helikopter EC-725 dan akhir sekali, lawatan ke No.14 Skuadron yang mengoperasikan pesawat pengangkut Lockheed C-130.

52040665 2536880979716582 8149260386105819136 o

Lawatan Panglima Angkatan Tentera di Pangkalan Udara Labuan adalah sebagai elemen signifikan Amanat Tahun 2019 sejak beliau memegang tampuk pemerintahan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 dalam menerapkan penyampaian amanat beliau kepada seluruh warga ATM. Majlis lawatan beliau seterusnya diakhiri dengan sesi dialog dan ramah mesra bersama warga TUDM yang bertugas di Pangkalan Udara Labuan

51765254 2536881739716506 459108909903249408 o