logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MK AB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN ANGKATAN TENTERA

 WhatsApp Image 2019 01 17 at 10.48.37

KUALA LUMPUR, 17 Jan - Bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera di antara Lt Jen Dato’ (Dr) Hj Ya'akop bin Koming dengan Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan. Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, telah hadir bagi menyaksikan acara tersebut.

 

 WhatsApp Image 2019 01 17 at 10.48.13

 

 

Terdahulu, Panglima Angkatan Tentera turut menyempurnakan acara pemakaian pangkat Lt Jen kepada Mej Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera ke -12 menggantikan Lt Jen Dato (Dr) Hj Ya'akop bin Koming yang akan menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir Ketua Staf Markas ATM dan pegawai-pegawai kanan serta isteri.

WhatsApp Image 2019 01 17 at 10.55.39

 

 

Selesai Majlis Serah Terima Tugas, Panglima Angkatan Tentera telah meluangkan masa bagi menerima kunjungan hormat daripada Lt Jen Dato (Dr) Hj Ya'akop bin Koming, Mantan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan di pejabatnya.

WhatsApp Image 2019 01 17 at 12.08.56 1

 

WhatsApp Image 2019 01 17 at 12.08.56 2
Bagi pihak Panglima Angkatan Tentera dan seluruh warga ATM mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada Lt Jen Dato’ (Dr) Hj Ya'akop bin Koming atas sumbangan khidmat bakti yang telah dicurahkan di sepanjang perkhidmatan beliau dan tahniah buat Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan yang baharu.