logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MAJLIS PENYAMPAIAN DIPLOMA KURSUS PEMERINTAHAN DAN STAF MALAYSIA (KPSM) SIRI 46/2017

1

Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 46/2017 merupakan kursus anjuran Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) iaitu sebuah institusi latihan tiga perkhidmatan pegawai tentera yang terpilih dari ketiga-tiga perkhidmatan (Darat, Laut dan Udara). Ia juga disertai oleh seorang pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta pegawai-pegawai tentera dari negara sahabat yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Graduan yang berjaya menamatkan pengajian akan menerima sijil ‘psc’ (Passed Staff College) dan Diploma Eksekutif Pengajian Strategi dan Pertahanan. Program diploma ini telah dibangunkan dengan kerjasama MTAT dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

2

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan. Sejumlah 163 orang peserta kursus telah berjaya menamatkan kursus. Ia terdiri daripada 76 orang pegawai dari Tentera Darat Malaysia, 20 orang dari Tentera Laut Diraja Malaysia, 20 orang Tentera Udara Diraja Malaysia, seorang dari PDRM dan APMM dan 45 orang dari luar negara.

3

KPSM siri 46/2017 merupakan siri keenam yang dianjurkan di bawah program kerjasama akademik MTAT-UPNM. Kurikulum KPSM siri 46/2017 dibahagikan kepada 3 modul (3 semester) iaitu Semester Pertama, Modul Pengajian Polisi dan Strategi, Semester Kedua, Modul Pemerintahan, Kepimpinan dan Pengurusan (Command, Leadership and Management) dan Semester Ketiga adalah Modul Pengajian Ketenteraan.

Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih peserta kursus untuk menjawat kawatan Pemerintah dan Staf di dalam perkhidmatan bersama. Peserta kursus hendaklah berupaya untuk:

  1. Menganlisa isu-isu penting berkaitan straegi pertahanan di peringkat nasional, serantau dan global.
  2. Mentaksir faktor-faktor dan konsep dalam struktur pembangunan ketenteraan dan pengurusan organisasi pertahanan.
  3. Melaksanakan tugas sebagai Pegawai Staf dan Pemerintah dalam suasana kebersamaan di peringkat operasi dan strategik pertahanan.
  4. Menyelesaikan masalah dan bekerja secara efektif dalam persekitaran yang rumit dan tidak menentu.

4

Mejar Mohammad Jafizul bin Mohammad Jafferi telah berjaya merangkul tiga anugerah iaitu Anugerah UPNM bagi Modul Kajian Polisi dan Strategi, Anugerah Haigate bagi Modul Ketenteraan dan Anugerah Lembaga MTAT iaitu Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan KPSM siri 46/2017 bagi peserta kursus ATM manakala bagi peserta kursus Luar Negara, Lt Cdr Robert James Mc Caw RNZN (New Zealand) telah merangkul tiga anugerah iaitu Anugerah Komandan (Kertas Akademik), Anugerah Haigate bagi Modul Ketenteraan dan Anugerah MTAT iaitu Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan Siri 46/2017. Mej Rosmizal bin Kamarozan TUDM pula merangkul Anugerah Komandan bagi Kertas Akademik dan Lt Cdr Umer Abbasi PN dari Pakistan merangkul Anugerah UPNM bagi Modul Kajian Polisi dan Strategi, Kursus ini telah dilaksanakan selama 49 minggu bermula dari 9 Januari hingga 15 Disember 2017

 7          

5

Turut hadir adalah Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple bin Hj Kassim, Panglima Tentera Darat, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin, Panglima Tentera Laut, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM, Panglima Tentera Udara serta Ambassadors, High Commissioner, Penasihat Pertahanan negara sahabat dan ahli keluarga peserta kursus.

 

6