logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

MEREKA SATRIA NADI NEGARA

 

KUALA LUMPUR, 13 Feb 16 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein bertemu dan berkongsi pengalaman dengan Koperal Shahrudin bin Siampak dari Kem 5 Briged, Kem Lok Kawi, Sabah dan Lans Koperal Muhamad Idlan bin Jelani dari Batalion 12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis, Kem Daralockwood, Kuantan, Pahang di pejabat beliau pada 13 Feb 17.

Kedua-dua mereka telah menunjukkan sikap terpuji serta keprihatinan yang tinggi sebagai anggota tentera.

LKpl Idlan telah menyelamatkan nyawa seorang ayah dan seorang anak dari Kampung Semangat, Kuantan yang hampir lemas manakala Kpl Shahrudin pula telah membantu sepasang suami isteri di Kota Kinabalu yang ketika itu bergegas ke hospital untuk menghantar si isteri yang sarat mengandung.

Diharapkan kedua-dua anggota ini menjadi contoh kepada kesemua anggota ATM dan warga Kementerian Pertahanan.

Mereka telah buktikan komitmen dan nilai anggota tentera yang senantiasa bersedia menghulurkan khidmat dalam apa jua keadaan.

Terima kasih dan tahniah! Semoga pengorbanan diberkati Allah SWT. InsyaAllah.

#angkatantenteramalaysia
#satrianadinegara