logoweb

Open menu

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Perbarisan Penghargaan Mantan Pengarah Pendidikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Brigedier Jeneral Haji Zulkifli bin Hj Abdullah telah berlangsung pada 6 Disember 2019 bertempat di Padang Kawad Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur. Perbarisan statik yang terdiri daripada 15 Pegawai dan 155 anggota Lain-lain Pangkat dari keempat-empat komponen Kor Perkhidmatan Am telah diketuai oleh Leftenan Kolonel Zulkifli bin Husain dari Komponen Pendidikan.

Perbarisan penghargaan tersebut merupakan acara terakhir bagi Pengarah Pendidikan ATM yang ke-11 yang mana ianya diadakan bagi menghargai perkhidmatan beliau selama 35 tahun di dalam ATM amnya dan di dalam Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) khasnya. Beliau memegang jawatan Pengarah Pendidikan ATM sebagai jawatan terakhir beliau sebelum menamatkan perkhidmatan pada 12 Disember 2019.

Turut hadir merai dan menyaksikan perbarisan tersebut adalah Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Markas Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Badrul Hisham bin Muhammad serta pegawai dan anggota KPA. Warga KPA mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan bakti Brigedier Jeneral Haji Zulkifli bin Hj Abdullah selama dalam perkhidmatan. Warga KPA juga mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya.