logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

NEVER FORGOTTEN

KUALA LUMPUR, 15 Okt - Majlis Meraikan Anggota Cedera Sempena Hari ATM ke-82 telah berlangsung pada 15 Oktober 2015 bertempat di Dewan Seroja Kem KEMENTAH. YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) dan Isteri hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut. 

 ANGGOTA CEDERA 1

Turut hadir, YBhg Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar Panglima Tentera Laut, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Roslan bin Saad TUDM, Panglima Tentera Udara,  Pegawai-pegawai Kanan ATM, serta anggota cedera ATM yang diraikan.  Anggota cedera yang diraikan kesemuanya adalah merupakan anggota yang cedera kekal semasa melaksanakan operasi ataupun latihan berisiko tinggi di dalam dan luar negara sama ada masih berkhidmat ataupun yang sudah bersara.

Majlis ini diadakan bagi mengenang jasa-jasa serta khidmat bakti yang telah dicurahkan sama ada semasa melaksanakan operasi ataupun latihan.  Anggota cedera yang diraikan adalah seramai 13 orang yang masih berkhidmat dan 44 orang yang sudah bersara.  

 Majlis dimulakan dengan bacaan doa seterusnya jamuan makan tengah hari.  Penyampaian cenderahati kepada anggota cedera telah disempurnakan oleh YBhg Tan Sri PAT dan isteri serta ramah mesra bersama anggota cedera.