logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM LANCARKAN BUKU 'BORN TO SERVE, BUILT TO LAST' PERNAMA

BANNER PELANCARAN BORN TO SERVE BUILT TO LAST.2

Majlis pelancaran buku 'Born To Serve, Built To Last' telah disempurnakan oleh wakil kepada YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera iaitu YBhg Leftenan Jeneral Dato’ Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi, Timbalan Panglima Tentera Darat bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan, Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Buku pertama Perwira Niaga Malaysia (PERNAMA) yang berjudul 'Born To Serve, Built To Last' ini dikarangan oleh YBhg Datuk Abdul Wahab Khalil yang juga Pengurus Besar PERNAMA, menceritakan ‘The PERNAMA Story: Secrets of Malaysia’s Home-Grown Retail Chain’ sempena dengan 30 tahun penubuhannya.  Buku ini memuatkan perjalanan yang ditempuhi oleh PERNAMA sejak dari penubuhannya pada 1983 sehingga 2013 - kewujudan selama 30 tahun.

Majlis ini diserikan lagi dengan penyerahan cek bernilai RM400,000.00 kepada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (TKAT) yang disampaikan oleh Pengerusi PERNAMA, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Abdul Aziz bin Haji Zainal (Bersara). Mengikut rekod, sumbangan PERNAMA yang telah diberikan kepada TKAT untuk aktiviti-aktiviti Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) adalah berjumlah RM5.5 juta ringgit sejak penubuhannya 30 tahun lalu.