logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

AGONG ZAHIRKAN HARAPAN PEGAWAI MUDA PERTAHANKAN KECEMERLANGAN ATM

BANNER PENTAULIAHAN.5

     Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin telah mengiringi Yang Teramat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Tunku Panglima Besar Kedah Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi menyempurnakan Perbarisan Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2015 bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.

     Seramai 189 Pegawai Kadet ATM yang terdiri daripada 133 Kadet Tentera Darat Malaysia (TDM), 12 Kadet Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan 44 Kadet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah ditauliahkan pada 25 April 2015.

Pegawai Kadet Terbaik Keseluruhan telah dianugerahkan dengan sebilah pedang dan Piala Seri Perkasa kepada Pegawai Rendah Kanan Muhammad Firman bin Mohammad Faudzi ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD); Pegawai Kadet Terbaik Tentera Darat dan dianugerahkan Piala Gagah Setia kepada Pegawai Rendah Muda Mohamad Hairul bin Md Salleh ditauliahkan ke RAMD; Pegawai Kadet Terbaik Tentera Laut dan dianugerahkan Piala Sri Samudera kepada Pegawai Kadet Kanan Mohammad Hanafie bin Mohd Yasir manakala Pegawai Kadet Terbaik Tentera Udara dan dianugerahkan Piala Sri Angkasa kepada Pegawai Rendah Kanan Muhammad Afiq Izzudin bin Kamarudin.

 

      Majlis Pengurniaan Watikah Tauliah turut dilaksanakan kepada 67 Pegawai Graduan yang terdiri daripada 35 TDM, 13 TLDM dan 19 TUDM di Dewan Tun Templer, Maktab Tentera Diraja (MTD), Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur. Profesion ketenteraan merupakan satu kerjaya yang unik dan para pegawai muda yang telah dibekalkan dengan asas profesion ketenteraan dan sewajarnya telah bersedia meneruskan tradisi ATM yang sanggup berkorban untuk mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan negara telah dizahirkan menerusi titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.