logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

SERAH HADIAH KEMENANGAN SIAGA PAT 2014

SIAGA PAT 2014

Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke 81 pada 17 Sep lepas telah menganugerahkan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera (SIAGA PAT) Tahun 2014 kepada perkhidmatan darat, laut dan udara. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah memberikan imej baru kepada anugerah SIAGA PAT yang mula diperkenalkan pada tahun 2011 dengan setiap pemenang ditentukan oleh perkhidmatan masing-masing.

YBhg Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman, Ketua Staf Markas ATM mewakili YBhg Tan Sri PAT telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah berupa wang tunai bagi anugerah SIAGA PAT 2014. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah YBhg Mejar Jeneral Dato' Abdul Rahim bin Hj Mohd Hassan, Inspektor Jeneral, ATM.

 Pemenang Tentera Darat yang disandang oleh 21 Gerup Gerak Khas kepada Kolonel Zolkopli bin Hashim, Timbalan Panglima 21 Gerup Gerak Khas.

 Pemenang Tentera Laut DiRaja Malaysia yang disandang oleh KD Lekiu kepada Komander Jamsari bin Tahir TLDM, Pegawai Memerintah KD Lekiu.

 Pemenang Tentera Udara DiRaja Malaysia yang disandang oleh Pangkalan Udara Kuantan kepada Brigedier Jeneral Hj Yazid bin Arshad TUDM.