logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

PERBARISAN HARI ATM KE-81

Perbarisan ATM 1

Pada 17 September 2014 (Rabu), bertempat di Dataran Panglima Tentera Darat Kem Perdana Sg. Besi Kuala Lumpur, telah diadakan Perbarisan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-81.  Pegawai Tabik Hormat pada pagi itu ialah YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.  Di antara jemputan yang hadir adalah Panglima-panglima Perkhidmatan, mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan mantan-mantan Panglima-panglima Perkhidmatan, wakil-wakil tentera negara asing, warga ATM serta warga awam KEMENTAH.

Perbarisan Hari ATM kali ini membawa tema 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara' berkonsepkan perbarisan mengarak Panji-panji Rejimen dengan penglibatan ketiga-tiga perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia mengandungi 2 detasmen gabungan bersama 7 panji-panji gabungan manakala detasmen Tentera Laut DiRaja Malaysia bersama 4 panji-panji dan detasmen Tentera Udara DiRaja Malaysia juga bersama 4 panji-panji.

Keseluruhan perbarisan terdiri daripada 33 pegawai dan 610 anggota lain-lain pangkat yang diketuai oleh Lt Kol Norzi Azman bin Mat TUDM.  Penolong Ketua Perbarisan ialah Mej Nor Hakimi bin Abdullah, Ajutan Perbarisan ialah Kapt Mohd Husairi bin Taib TUDM dan SMR Perbarisan terdiri daripada PW I (SMR) Samanuddin bin Mohd Saidi dari Tentera Darat, PW I PAP Rizal bin Abu Bakar dari TLDM dan PW (U) I Mohd Norhisham bin Abu Yamin dari TUDM.  Sejumlah 15 panji-panji Rejimen/Skuadron Perkhidmatan ATM terlibat dalam perbarisan.  Kontingen Pertama Tentera Darat daripada gabungan pasukan tempur iaitu Batalion ke 5 Rejimen Askar Melayu DiRaja, Batalion ke 6 Rejimen Renjer DiRaja, Rejimen Pertama Kor Armor DiRaja yang diketuai oleh Mej Mahadir bin Kasmuri.

Kontinjen Kedua Tentera Darat adalah dari pasukan Bantuan Tempur dan Bantuan Khidmat terdiri daripada gabungan 71 Rejimen Semboyan DiRaja, Rejimen Askar Jurutera DiRaja 2 Divisyen, Rejimen Pertama Artileri DiRaja (Para) dan 71 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja yang diketuai Mej Mohd Nazri bin Yeop.

Kontinjen Ketiga terdiri daripada KD MALAYA, KD PELANDOK, KD RAJAWALI dan KD DUYONG yang diketuai oleh Lt Kdr Shahru Zikri bin Abd Jalil TLDM.  Kontinjen Keempat dari TUDM terdiri daripada No. 7 Skuadron, No. 11 Skuadron, No. 15 Skuadron dan Kolej Tentera Udara yang diketuai oleh Meh Mohd Rizal bin Ramli TUDM.

Perbarisan kali ini turut menyaksikan seramai 16 warga ATM yang terlibat dalam Ops Daulat menerima Pingat Kedaulatan Negara (PKN) dan 10 staf awam menerima Sijil Kepujian PAT.  

 

Kedua-dua acara tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

3 pasukan yang mewakili setiap perkhidmatan juga telah menerima Anugerah Siap Siaga ATM kerana berjaya mempamerkan kesiapsiagaan pada tahap tertinggi dalam perkhidmatan.  Pasukan yang telah menerima anugerah tersebut adalah 21 Grup Gerak Khas dari TDM, KD LEKIU dari TLDM dan PU Kuantan dari TUDM.

ATM masih mengekalkan tema 'ATM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara' yang telah dilancarkan pada tahun 2013 dan ianya akan digunapakai selama 5 tahun sehingga 2018.