logo mafhq

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

logo jata
 
gov
MyGov
mod
MinDef
markas angkatan bersama
MAB
tentera darat malaysia
TDM
tentera laut diraja malaysia
TLDM
tentera udara diraja malaysia
TUDM

logo mafhq
 

OFFICIAL PORTAL
MALAYSIAN ARMED FORCES HEADQUARTERS

(MAFHQ)

 
logo jata

ATM Meriahkan Karnival Persilatan 1 Malaysia

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah turut terlibat dalam memeriahkan lagi Karnival Persilatan 1 Malaysia yang telah diadakan pada 17 Feb 13 bertempat di Padang Awam Kampung Pokok Tai, Pendang, Kedah. Sempena karnival tersebut, ATM telah mengadakan pameran kerjaya dan juga aset ketenteraan untuk pengunjung yang hadir. Antara objektif ATM untuk turut serta dalam karnival ini adalah bagi menyalurkan, memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman lebih menyeluruh dalam membina kesedaran kepada umum mengenai peranan dan tanggungjawab ATM serta meningkatkan keyakinan rakyat terhadap ATM.

Di samping pameran kerjaya dan aset ketenteraan, ATM juga telah turut mengadakan pemeriksaan kesihatan pada karnival tersebut. Pemeriksaan kesihatan yang diberikan secara percuma ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk setempat yang rata-ratanya warga tua bagi mendapatkan pemeriksaan serta nasihat mengenai perubatan, penyakit dan penjagaan kesihatan.

Selain itu, ATM juga telah menyediakan pemeriksaan pergigian percuma sempena karnival tersebut bagi pengunjung mendapatkan pemeriksaan pergigian serta khidmat nasihat.

ATM telah turut membuat pertunjukan Brassband dari Tentera Udara Diraja Malaysia. Pertunjukan tersebut telah mendapat tepukan yang gemuruh dari pengunjung yang hadir. Rata-rata pengunjung yang hadir memaklumkan itu adalah kali pertama mereka mendapat peluang untuk melihat pertunjukan sedemikian.

Pengunjung yang hadir pada karnival tersebut telah amat teruja dengan pameran, pemeriksaan kesihatan dan pergigian serta pertunjukan yang diadakan oleh ATM kerana ini adalah kali pertamanya ATM telah melibatkan diri dalam program sedemikian di kawasan tersebut. ' Komitmen Kami Keyakinan Anda'.