• .

  • .

  • .

  • .

  • .

alfarabi

AL FARABI

Nama sebenarnya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farbi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transexia yang terletak dalam wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajaribahasa arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad Ibn Al-Sariy. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

 

alkindi

AL-KHINDI

Al-Khindi merupakan tokoh atau ahli falsafah Muslim yang pertama keturunan Arab dari suku Kindah. Nama sebenar beliau ialah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al- Khindi atau juga dikenali sebagai Al- Khindi (801-873). Al- Khindi dilahirkan di Khufah, pusat pengajian dunia pada masa itu. Bapanya adalah Gabenor Kufah pada masa pemerintahan Khalifah Abbasiah. Beliau merupakan pakar dalam muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi, dan matematik. Sebagai seorang doktor, Al-Kindi merupakan ahli farmakologi pertama yang menentukan dan menggunakan dos ubat yang betul untuk kebanyakkan daripada jenis dadah yang terdapat pada masa itu. Beliau merupakan seorang ahli kimia yang tersohor apabila telah membuktikan akan kesilapan mitos yang mengatakan logam asas mudah diubah menjadi logam berharga seperti emas atau argentum. Dalam bidang matematik pula, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khusus bagi sistem nombor, dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Sebagai ahli kimia, beliau telah berhasil mensintesiskan beberapa campuran dan Berjaya menghasilkan peralatan perang, kaca, perhiasan dan minyak wangi, melalui proses kimia, seperti penyunlingan, penguapan, peleburan,dan pengendapan.

 

ibn sina

IBN SINA

Namanya ialah Abu Ali Al Husain Ibn Abdullah Ibn Sina dan lebih dikenali di masyarakat Eropah dengan sebutan “Avicenna”. Nama panggilan lain beliau selain Ibnu Sina adalah Abu Ali. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik,astronomi dan muzik.

Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal. Ibnu Sina dilahirkan di Afsyinah, sebuah kampung yang terletak berhampiran Bukhara [Republic Uzbekistan] tahun 370H/980M. Ayah Ibnu Sina adalah seorang gabenor Samanite yang ditugaskan di Bukhara. Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai “Bapa Perubatan” kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya hamadhan.

 

tok kenali

TOK KENALI

Tokoh Ulama Kelantan paling masyhur namanya ialah Haji Mohd Yusoff Ahmad yang dilahirkan di kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M. Menuntut di Makkah selama 22 tahun [1305H-1327H]. Sangat alim dalam ilmu Tatabahasa Arab [Nahu/Soraf] malahan beliaulah yang merintis kemasukkan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok. Walaupun Tok Dato’ Haji Hassan Yunus Al-Azhari Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar namun beliau Berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis yang paling berwibawa antara murid –murid Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Haji Abdul Kadir Melor , Haji Abdul Tahir Bunut Payong , Hj. Yusof Padang Bemban , Haji Ismail Perol, Dato’ Haji Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah , Hj. Hasbullah Bot dan Haji Wan Abdul Latif Jerteh, [menteri besar johor], Dato’ Haji Abdul Rahim Yunus Al-Azhari Kuala Kangsar, Haji Osman Bukit Besar, Haji Abdullah Abbas Nasution Jitra , Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri , Haji Yaakub Legor dan Tok Lata [Pattani]. Di samping itu dua orang putera tok kenali sendiri- Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd Salleh Kenali [menetap di Makkah]. Dia juga golongan ulama dan pendakwah yang berjiwa besar. Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai “Serambi Mekah” itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran Tok Kenali. Tok Kenali kembali ke Rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.