• .

  • .

  • .

  • .

  • .

Lt Kol Hj Mohamad Idros Tabik Hormat              Penyerahan Tongkat Komandan

Gambar & artikel : Cawangan ICT dan Media ILMI ATM

PERBARISAN SERAH TERIMA TUGAS KOMANDAN ILMI ATM

PORT DICKSON, 13 September 2019 – Seramai lapan pegawai dan 81 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) yang terdiri dari staf dan penuntut kursus di Institut Latihan dan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI ATM) terlibat dalam Perbarisan Serah Terima Tugas Komandan ILMI di Padang Kawad ILMI ATM.

Perbarisan diketuai oleh Mej Che Faizou bin Che Soh manakala Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW 1 Abdullah bin Abdul Kadir dan Brass band yang mengiringi perbarisan ialah Rejimen Ke Dua Kor Armor DiRaja bawah pimpinan Drum Mejar Sjn Muhammad Efendi bin Almunir.

          Acara dimulakan dengan menandatangani Dokumen Serah Terima Tugas Komandan ILMI ATM diantara Lt Kol Mohamad Idros bin Mohammad Yunus dan Lt Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi disaksikan Ketua Pengarah KAGAT, Mej Jen Dato’ Haji Kamarudin bin Haji Mamat.

Terdahulu dari itu, sebaik ketibaan KP KAGAT, beliau menerima takbir hormat dari kontinjen perbarisan terdiri dari  dua detasmen diiringi Brass band Rejimen Ke Dua Kor Armor DiRaja.

Serba ringkas keperibadian Lt Kol Dr Khairul Fauzi bin Azmi, mengambil alih jawatan Komandan ILMI ATM pada 13 Sep 2019, beliau memulakan kerjaya tentera dengan menyertai Pegawai Graduan pada tahun 1996.