• .

  • .

  • .

  • .

  • .

Komandan Dr Fauzi

UCAPAN ALUAN KOMANDAN ILMI ATM


Assalamualaikum wbt.

Ahlan wasahlan.

Selamat datang ke laman sesawang rasmi Institut Latihan Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia (ILMI). Sebagai sebuah Institut Latihan Islam, ILMI turut terlibat dalam latihan dan pendidikan Islam kepada seluruh warga ATM. ILMI berperanan untuk membantu ATM melahirkan anggota tentera yang memiliki daya tempur kerohanian (spiritual combat power) yang tinggi. Selaku komandan, saya berharap website ILMI dapat dijadikan platform yang terbaik untuk mempermudahkan lagi dunia pembelajaran dan pengajaran di alam maya.

ILMI berperanan sebagai pusat latihan dakwah yang khusus bagi semua peringkat anggota ATM khususnya yang beragama Islam. Melalui pertemuan siber ini juga, ILMI berharap dapat menyediakan maklumat melalui 'dunia siber' secara tepat khususnya berkaitan kursus-kursus yang akan dilaksanakan di institut ini, dalam masa yang sama diharapkan ia menjadi sebagai bahan dakwah untuk dikongsi bersama bagai medan ilmu yang boleh memberi manfaat.

 Berita mengenai perkembangan semasa ILMI diharap dapat memperkenalkan dan mendekatkan ILMI kepada segenap lapisan masyarakat. Secara langsung ia mampu untuk menarik minat mereka untuk menjadikan penyertaan dalam tentera sebagai Pusat Latihan yang ingin di kunjungi.

Semoga laman ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak untuk kebaikan bersama. Cawangan Media dan ICT di  institut ini diharapkan agar dapat meneruskan misi dakwah melalui kemudahan Teknologi Maklumat (ICT) ini secara berterusan sekali gus menzahirkan kewujudan ILMI ATM kepada masyarakat awam. Segala kekhilafan yang berlaku diharap mendapat teguran konstruktif daripada para pengunjung. Kesilapan yang berlaku dan kesulitan yang dihadapi harap dimaafi.

Sekian, terima kasih.


Dr Haji Khairul Fauzi bin Azmi
Lt Kol
Komandan