Artikal BAKAT

User Menu

Home Berita BAKAT
The News
Semarak Lagu Melayu Asli BAKAT ATM

Pertandingan Nyanyian Semarak Lagu Melayu Asli Peringkat ATM telah diadakan di Dewan Angkasaraya, Pangkalan Udara Kuala Lumpur pada 23 Mei 2012. Petandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat  dan minat generasi muda khususnya di kalangan ahli BAKAT yang berkebolehan mendendangkan lagu melayu asli dan secara tidak langsung mengangkat martabat  seni budaya warisan bangsa . Pertandingan ini telah diadili oleh para juri terkenal seperti Ybhg Datuk Mokhzani Bin Ismail , Datuk Yusni Hamid dan En. Muhamad Haris Bin Zakaria. Seramai 8 peserta telah dipilih mewakili BAKAT Perkhidmatan masing -masing yang terdiri daripada BAKAT Darat, Laut , Udara dan Gabungan . Juara pertandingan ialah Puan Norsila Bt Degok telah mempertaruhkan dua buah lagu Lela Manja sebagai lagu wajib dan Awallah Dondang sebagai lagu pilihan. Tempat Kedua dimenangi oleh Puan Maimunah bt Zainuddin dari BAKAT Darat dan tempat ketiga pula dimenangi  oleh Puan Roslina Binti Umar dari BAKAT Udara.

 
Ceramah Motivasi Memartabatkan Keharmonian Sesama Insan Dalam Organisasi Anjuran BAKAT ATM

Ceramah ' Memartabatkan keharmonian Sesama Insan  Dalam Organisasi' telah diadakan pada 19 Mac 2012 di Auditorium Badan Kesenian Tentera Darat (BKTD). Profesor Dr.Muhaya binti Mohamad telah dijemput untuk menjadi penceramah. Program ini telah dianjurkan oleh BAKAT ATM. Seramai 190 orang peserta yang terdiri daripada Ahli jawatankuasa Tertinggi BAKAT ATM, EXCO Perkhidmatan serta ahli BAKAT Darat ,Laut dan Udara telah hadir menjayakan aktiviti ini.

 
Majlis Ramah Mesra BAKAT ATM Bersama PERKEP

Majlis Ramah Mesra BAKAT ATM bersama PERKEP telah diadakan pada 15 Mei 2012 di Dewan Seroja Kem Kementah. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg Puan Sri Hajjah Suriati binti Md Sobri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Di Raja Malaysia sebagai tetamu bersama rombongannya. Tujuan majlis diadakan untuk mengeratkan lagi tali persahabatan antara BAKAT dan PERKEP yang sudah terjalin sejak sekian lama. Majlis sambutan diserikan lagi dengan pelbagai acara seperti persembahan nyanyian oleh BKTD dan ahli BAKAT yang mewakili setiap perkhidmatan.

 
Majlis Hi-Tea MAC Ladies Anjuran BAKAT ATM Tahun 2012

International Culture Dress merupakan tema Majlis Hi-Tea MAC Ladies telah diadakan pada 27 Mac 2012 di Hotel Crown Plaza Mutiara Kuala Lumpur, Jalan Sultan Ismail. Hi-Tea Military Attache Corp Ladies (MAC Ladies) bersama BAKAT ATM bertujuan untuk beramah mesra dan mewujudkan interaksi sosial di kalangan BAKAT ATM dan MAC Ladies. Selain dapat berkongsi budaya antara negara Malaysia dan negara yang diwakili oleh MAC Ladies majlis ini dapat mengukuhkan hubungan dua hala antara negara.  Pelbagai aktiviti seperti pameran kraftangan, fruit carving ,  persembahan tarian kebudayaan asli Badan Kesenian Tentera Darat dan Pakaian kebudayaan negara masing-masing telah diperagakan oleh BAKAT dan MAC Ladies.

 
Team Building BAKAT ATM

BAKAT ATM telah menganjurkan program Team Building yang dianjurkan pada 24 Mac 2012 di Tanah Aina Resort, Raub Pahang. Tujuan diadakan program ini untuk membangunkan individu ke arah kecemerlangan diri, kerjaya dan organisasi, menyeimbangkan mental, kerohanian dan kecergasan fizikal serta mengharmonikan diri dengan alam murni ciptaan ilahi. Selain itu program ini dapat membentuk seorang pemimpin atau ketua yang berkeperibadian baik sekiranya diberi tanggungjawab untuk menerajui organisasi khasnya BAKAT. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti junggle trekking dan indoor game  serta acara hiburan. Semua peserta menunjukkan semangat yang tinggi semasa mengikuti program ini.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

Resolusi Terbaik 1024 dan 768.
Hakcipta Terpelihara BAKAT ATM 2009 , Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR