Artikal BAKAT

User Menu

Home Tujuan BAKAT
Objektif BAKAT PDF Print E-mail

TUJUAN DAN OBJEKTIF

Persatuan ini ditubuhkan bagi tujuan berikut:

(1) Untuk mengekalkan dan memperkasakan perasaan muhibah dan persefahaman yang sedia wujud di kalangan isteri-isteri warga tentera dan ahli keluarga mereka;

(2) Menambahkan pengetahuan am dan meningkatkan kemahiran diri ahli-ahli dalam bidang pengurusan Sains Rumahtangga dan aspek keagamaan melalui bantuan kepakaran dari dalam dan dari luar organisasi;

(3) Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan dan menyuburkan lagi kebahagiaan keluarga ahli-ahli melalui pelbagai program yang bersesuaian yang disusun oleh BAKAT;

(4) Menwujudkan jaringan dan kerjasama dengan persatuan-persatuan wanita yang berdaftar di luar organisasi yang seiring dengan objektif BAKAT;

(5) Menyediakan satu saluran penyelesaian masalah rumahtangga ahli-ahli dengan kebenaran pihak terlibat;

(6) Menyediakan Kaunselor yang berkelayakan untuk ahli-ahli yang memerlukan bantuan;

(7) Menjaga kebajikan ahli-ahli serta keluarga tanpa mengira pangkat dan kaum;

(8) Untuk bersama-sama menyumbang tenaga dan kemahiran kepada masyarakat awam terutamanya yang berhubung dengan pembangunan modal insan dan amal kebajikan.

(9) Untuk memastikan semua wang keuntungan yang diperolehi oleh BAKAT hasil dari penyertaan dalam mana-mana perniagaan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan BAKAT. Wang atau mana-mana keuntungan yang diperolehi tidak akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli BAKAT. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang perlu dibuat dengan tujuan baik seperti membayargaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja BAKAT dengan syarat mereka telah memberikan perkhidmatan kepada BAKAT dan pembayaran tersebut mendapat kelulusan Jawatankuasa Tertinggi BAKAT Pusat.
 

Resolusi Terbaik 1024 dan 768.
Hakcipta Terpelihara BAKAT ATM 2009 , Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR