Artikal BAKAT

User Menu

Home Logo
Logo PDF Print E-mail

LOGO, BENDERA DAN LENCANA

 

1. Logo BAKAT

Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) bernaung di bawah pentadbiran Angkatan Tentera Malaysia dengan ahli-ahli yang terdiri dari berbagai kaum dan peringkat yang bersatu padu dalam suasana kekeluargaan, persaudaraan dan muhibah. Mereka berganding bahu dengan satu semangat satu azam menuju ke arah kemajuan demi kepentingan dan faedah ahli-ahli serta keluarga yang merupakan tulang belakang kepada kecemerlangan warga Angkatan Tentera Malaysia yang menjadi tunggak pertahanan negara.

2. Penjelasan Logo.

(a) Lambang Angkatan Tentera. Lambang ini menunjukkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan/organisasi dalam Angkatan Tentera.

(b) Warna Latar Belakang. Warna ini menunjukkan warna Angkatan Tentera meliputi BAKAT dari ketiga-tiga Perkhidmatan.

(c) Wajah Wanita Berlatar Belakangkan Perajurit. Menerangkan BAKAT adalah sebuah pertubuhan wanita, dianggotai oleh kaum hawa yang mempunyai kaitan langsung kepada warga tentera dan sebagai warga tentera yang mempunyai pertalian rapat dengan perjuang ditengah medan, sementara para isteri sentiasa teguh dibelakang menjaga kebahagiaan rumahtangga. Kedua-duanya menuju satu haluan berbakti kepada negara.

(d) Bunga Padi Kekuningan. Melambangkan suasana aman, kesejahteraan dan kemuafakatan.

(e) Penggunaan Logo. Logo ini boleh digunakan oleh semua ahli BAKAT dalam Angkatan Tentera.

(f) Pengenalan Pasukan. Jika pengenalan pasukan diperlukan seperti membuat plaka atau papan tanda, nama pasukan boleh ditulis dibawah logo.

(g) Cogan Kata. ”BERSAMA BERBAKTI”.

(h) Bendera dan Lencana. BAKAT akan menggunakan bentuk logo berkenaan sebagai motif bendera dan lencana bagi semua urusan dalam mencapai objektif BAKAT.

(i) Pengenalan BAKAT Perkhidmatan. Setiap BAKAT Perkhidmatan akan menggunakan logo yang sama tetapi akan menambah perkataan-perkataan Darat, Laut atau Udara di bawah logo sebagai tanda menunjukkan pengenalan sesuatu BAKAT itu.

 

Resolusi Terbaik 1024 dan 768.
Hakcipta Terpelihara BAKAT ATM 2009 , Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR