Artikal BAKAT

User Menu

Home
Sejarah Penubuhan BAKAT PDF Print E-mail

1. Wujudnya dari zaman pemerintahan kolonial lagi, di mana ahli-ahlinya terdiri dari isteri-isteri anggota-anggota tentera. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menjaga kebajikan dan hal ehwal keluarga anggota-anggota tentera.

2. Sejajar dengan perkembangan ATM ketika itu, Kelab Keluarga yang ada dipecahkan kepada tiga komponen iaitu Darat, Laut dan Udara. Kelab Keluarga tersebut adalah dibawah naungan perkhidmatan masing-masing.

3. Pada 1 hb Jun 1976, Kelab Keluarga yang terdapat di setiap unit Tentera Darat di Semenanjung Malysia, telah disusun semula dalam satu organisasi yang lebih teratur dan berperlembagaan dengan nama Persatuan Isteri-isteri Tentera Darat (PERISAD). Sementara di Malaysia Timur dikenali dengan Rumpun Suria, juga disatukan menjadi PERISAD. Bagi Persatuan Isteri-isteri Tentera Laut dinamakan PERISTELA dan Persatuan Isteri-isteri Tentera Udara dinamakan PERISTU.

4. Ketiga-tiga persatuan tersebut memainkan peranan mengikut perkhidmatan masing-masing. Dalam mewujudkan sebuah persatuan yang berwibawa, berintegrasi dalam peranan serta aktivitinya, pada 1hb Oktober 1979, ketiga-tiga persatuan digabungkan menjadi sebuah organisasi yang besar dikenali Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera ringkasnya BAKAT, dengan slogan Bersama Berbakti (Together We Serve).

5. Bagi mengenali kumpulan tertentu, nama BAKAT ditambah dengan perkhidmatan masing-masing iaitu BAKAT Darat, Laut, Udara dan BAKAT KEMENTAH. Dari segi matlamat, ianya tetap tidak lari dari tujuan asalnya iaitu “Untuk membantu pemerintah terhadap pentadbiran dan urusan-urusan kebajikan keluarga-keluarga tentera”.
 

Resolusi Terbaik 1024 dan 768.
Hakcipta Terpelihara BAKAT ATM 2009 , Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR