|
Selamat Datang Ke Laman Web BAKAT ATM |
|
|
|
Semua ahli-ahli BAKAT mengucapkan selamat melayari Laman Portal BAKAT ATM. Kaum wanita memainkan peranan penting untuk sama-sama berganding bahu dengan kaum lelaki. Bak kata Melayu “Pemuda Harapan Bangsa, pemudi Tiang Negara”.Dorongan inilah yang telah melahirkan pertubuhan-pertubuhan wanita di merata dunia. Setiap pertubuhan mempunyai objektif yang sama iaitu untuk kepentingan ahli-ahli dan seluruh masyarakat. Menyedari hakikat inilah, Kelab Keluarga ditubuhkan oleh isteri-isteri anggota tentera kita di unit-unit dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Sebagai Badan Kebajikan yang dikendalikan oleh isteri-isteri, BAKAT Darat mampu mendokong dan meyakinkan setiap peranan yang dimainkannya sebagai nadi penggerak disamping memberi perangsang terhadap perjuangan para suami. Selain itu, BAKAT Darat adalah sebagai saluran maklumat, sumber pengetahuan, pendidikan serta pembelajaran kepada ahli-ahlinya dimana dengan adanya daya penggerak tadi, BAKAT Darat dapat sama-sama mencapai maksud memerangi musuh tanpa menggunakan senjata. Perpaduan dan kerjasama erat di antara ahli-ahlinya berjaya meletakkan BAKAT Darat sebagai sebuah persatuan wanita yang disegani dan menjadi contoh kepada lain-lain pertubuhan wanita di negara ini. |
|