|
PENGENALAN
ILMI adalah singkatan kepada Institut Latihan Dan
Kefahaman Islam Angkatan Tentera Malaysia. Kompleks ILMI telah mula dibina
pada 14 Apr 2000 di Jalan Sua Betong, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Organisasi dan perjawatannya telah diluluskan pada 1 Apr 2001. Ia merupakan
Institut yang pertama seumpama ini diwujudkan di dalam Angkatan Tentera
Malaysia. Perasmian bangunan ILMI telah dilaksanakan oleh YAB Dato’ Seri
Abdullah Hj Ahmad Badawi ( Timbalan Perdana Menteri ketika itu ) pada 29
Julai 2003.
FALSAFAH
a. Memperkembangkan potensi warga
tentera secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berlandaskan akhlak serta nilai murni Islam.
b. Melahirkan warga tentera yang
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab serta mampu
melaksanakan fungsi masing-masing dalam menjayakan misi ATM serta
kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
MATLAMAT
Melahirkan warga tentera yang beriman
dan bertaqwa melalui perlaksanaan Dasar Pembinaaan Mental dan Kerohanian
Islam ATM (PMAT 9/91) ke arah menjayakan matlamat dan misi ATM.
VISI
Ke arah sebuah Institusi Pendidikan Islam ATM yang berkualiti, seimbang dan
berkesan.
MISI
Mempertingkatkan keilmuan dan kefahaman Islam yang sebenar menerusi pembinaan ilmu, iman dan amal
ke arah menyumbang kejituan
Daya Tempur.
OBJEKTIF
a. Melahirkan warga KAGAT yang mempunyai tahap akademik dan
profesional yang tinggi, di dalam aspek kerjaya serta mampu menyampaikan
dakwah Islamiah serta memberi pendidikan agama kepada warga
tentera dan masyarakat.
b. Memberi bimbingan pelbagai aspek keagamaan bagi membantu
melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna dan berkesan.
c. Melatih warga tentera dalam aspek peribadatan di medan
di samping menghidupkan amalan Sunnah serta nilai-nilai murni warisan
peradaban Nabi dan para sahabat serta pahlawan-pahlawan Islam.
d. Memberi bimbingan agama kepada isteri dan anak-anak
tentera.
|